Bahasa Nepal

Bahasa Nepal
Nepali
गोरखालीcode: ne is deprecated gorkhali, नेपाली nepali, खस कुरा khas kura
Perkataan "Nepali" dalam Devanagari
Sebutanˈnepali
Asli kepadaNepal, India
EtnikKhas[1]
(sejarah)
Penutur bahasa
e21
9 juta penutur L2 (bancian 2011)[2]
Keluarga bahasa
Indo-Eropah
  • Indo-Iran
    • Indo-Arya
      • Utara
        • Pahari Timur
          • Bahasa Nepal
Sistem penulisan
Devanagari
Braille Devanagari
Bentuk bahasa isyarat
Bahasa Isyarat Nepal
Status rasmi
Bahasa rasmi di
   Nepal
 India
  • Sikkim (wilayah India)
  • Bengal Barat (wilayah India) (GTA) (tambahan)
Dikawal selia olehAkademi Nepal
Kod bahasa
ISO 639-1ne
ISO 639-2nep
ISO 639-3nep – kod inklusif
Kod individu:
npi – Nepali
dty – Dotel
Glottolognepa1254
nepa1252  kod seerti
Linguasphere59-AAF-d
Peta taburan penutur bahasa Nepal utama
Biru gelap: Bahasa rasmi utama,
Biru cair: Salah satu bahasa-bahasa rasmi,
Merah: Peratusan penutur melebihi 20% tanpa perakuan status bahasa.

Bahasa Nepal/Nepali (नेपाली, ˈnepali) merupakan bahasa di cabang bahasa Indo-Arya daripada kelompok Pahari. Bahasa ini merupakan bahasa rasmi negara Nepal dan digunakan oleh sekitar 35 juta orang yang tersebar di Nepal, India dan Bhutan.

Di Nepal, bahasa yang juga disebut ‘Khaskura’, ‘Parbhatia’ dan ‘Ghorkali’ ini telah dijadikan sebagai bahasa utama negara sejak tahun 1768. Di India pula, bahasa Nepal mendapat pengakuan dalam perlembagaan negara pada 1992.

Bahasa Nepal di India lazim dituturi di utara Bengal Barat, terutama di daerah Darjeeling, Sikkim, Arunachal Pradesh, Assam dan Meghalaya. Selain itu, terdapat kelompok kecil penutur bahasa Nepal di Bangladesh dan Bhutan.

Bahasa Nepali ditulis dengan menggunakan huruf Devanagari seperti bahasa Hindi yang terdiri atas 13 huruf hidup dan 36 huruf mati. Bahasa Nepal yang merupakan keturunan langsung bahasa Sanskrit masih mempertahankan istilah dan ungkapan-ungkapan kuno Sanskrit yang tidak lagi dipakai oleh bahasa-bahasa Indo-Arya yang lain.

Rujukan

  1. ^ Richard Burghart 1984, m/s. 118–119.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama e21

Bibliografi

  • Richard Burghart (1984). "The Formation of the Concept of Nation-State in Nepal". The Journal of Asian Studies. 44 (1): 101–125. doi:10.2307/2056748. JSTOR 2056748.

Pautan luar

Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Perpustakaan negara
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Jepun
  • Republik Czech
Lain-lain