Bank Simpanan Nasional

Bank Simpanan Nasional
Logo pohon pitih baru BSN diperkenalkan pada 2015
.
Wisma BSN di Kuala Lumpur
Jenis/bentuk sahPerbankan
IndustriPerbankan
Ditubuhkan1 Disember 1974; 49 tahun yang lalu (1974-12-01)
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
KeluaranPerbankan dan Kewangan
Tapak webhttp://www.bsn.com.my
Facebook: BSNMalaysia Twitter: BSNMalaysia Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bank Simpanan Nasional (BSN) ialah sebuah syarikat yang menawarkan Perkhidmatan Perbankan di Malaysia.[1]

Pengenalan

Bank Simpanan Nasional Malaysia adalah sebuah pertubuhan perbadanan ditubuhkan di bawah Akta Bank Simpanan Nasional 1974 dan ditubuhkan pada 1 hari bulan Disember 1974, di bawah Akta Parlimen 146 – Undang-Undang Malaysia 1974 atas kendalian Menteri Kewangan Malaysia pada ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah. Ia dilancarkan dengan rasminya pada 5 Disember 1974 oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua, di mana semua tugas dan tanggungjawab di bawah Akta Bank Simpanan Pejabat POS (melalui khidmat Post Office Savings Bank yang wujud sejak zaman pemerintahan British sehinggalah ke pascamerdeka) telah diambil alih oleh Bank Simpanan Nasional. Bank Simpanan Nasional adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Kewangan.

Anak syarikat

Bank ini mempunyai beberapa anak syarikat yang terlibat dalam bidang penguruan aset, insurans and takaful:[2]

  • Permodalan BSN Berhad (penguruan tabung kewangan)
  • Prudential BSN Takaful Berhad (takaful)
  • Gibraltar BSN Life Berhad (insurans hayat)

Rujukan

  1. ^ Annual Report 2014, Bank Simpanan Nasional, diarkibkan daripada yang asal pada 2015-03-31, dicapai pada 2015-08-23
  2. ^ Annual Report 2014, Bank Simpanan Nasional, diarkibkan daripada yang asal pada 2015-03-31, dicapai pada 23 Ogos 2015

Pautan luar

  • Laman web rasmi Diarkibkan 2017-04-14 di Wayback Machine
  • BSN Loan Website
  • Pinjaman Peribadi BSN Website