Bawah Blok

Bawah Blok
GenreDrama
Persahabatan
Jenayah
Ditulis oleh
  • Amin Shakib
  • Raja Azidah Raja Jaafar
PengarahShuhaimi Lua
Dibintangi oleh
  • Faiz Izzat
  • Harissa Adlynn
  • Amelia Christie
Lagu pembukaanCinta Hati - Suff Ahmed ft. Hullera
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifMohamad Fazrien
PenerbitShuhaimi Lua
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Tanah Beris Film Production Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Lestary)
Tonton
Format gambar
  • 480i (SDTV)
  • 1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal5 Januari 2023 (2023-01-05) – 26 Januari 2023 (2023-01-26)
Kronologi
MengikutiBudak Tebing 3
Diikuti olehI Love You Mr Clown

Bawah Blok ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan oleh Shuhaimi Lua di bintangi oleh Faiz Izzat, Harissa Adlynn dan Amelia Christie. Siri ini memulakan tayangan di Slot Lestary TV3 Mulai 5 Januari 2023 menggantikan Budak Tebing 3.

Sinopsis

Siri drama ini mengisahkan tentang sebuah rumah pangsa yang memenuhkan lima remaja dari pelbagai latar belakang dan perjuangan hidup. menghadapi pelbagai cabaran yang berbeza-beza. Terdiri daripada Kamil, Alana, Natrah, Zain dan Devi, kumpulan rakan ini menjalani persahabatan yang terancam dengan konflik berikutan rahsia yang cuba disembunyikan. Adakah ini balasan sebuah persahabatan? Dapatkah ikrar persahabatan mereka dipertahankan?

Pelakon

Pelakon utama

  • Harissa Adlynn sebagai Alana
  • Faiz Izzat Sebagai Kamil
  • Amelia Christie sebagai Natrah
  • Ahmad Adly sebagai Zain
  • Preti Kaur sebagai Devi

Pelakon pembantu

Rujukan