Bukit Larut

Bukit Larut
Pemandangan dari atas Bukit Larut
Titik tertinggi
Ketinggian1,200 m (3,900 ka)
Geografi
LokasiPerak, Malaysia
Induk banjaranBanjaran Bintang[1]

Bukit Larut atau Bukit Maxwell (bahasa Inggeris: Maxwell Hillcode: en is deprecated ) terletak di Taiping, Perak, dengan ketinggian 1,200 m [2][3]. Kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi yang paling basah di Malaysia. Hampir setiap hari pada waktu petang, hujan bukit turun di kawasan ini.

Latarbelakang

Bukit Larut merupakan kawasan reakreasi Tanah Tinggi di negeri Perak. Bukit Larut atau Bukit Maxwell dinamakan sempena residen British ketika itu iaitu William George Maxwell pada 1880. Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam. Perjalanan ke atas Bukit Larut boleh mengambil masa selama 30 minit melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam dilereng bukit.

Fakta

  • Bukit Larut adalah kawasan yang paling lembap di Malaysia. Hampir setiap hari waktu petang, hujan bukit turun di kawasan ini.
  • Sebelum jalan tar dibina pada 1948, pihak British menggunakan 'Pony Back' (Kuda padi) dan 'Sedan Chair' (Kerusi Pengusung) sebagai pengangkutan untuk ke puncak bukit.
  • Kebanyakan pengunjung warga Inggeris yang datang pernah menyamakan Bukit Larut sebagai Switzerland musim bunga.
  • Tea Garden (Kebun Teh) - dibina pada 1887 dengan kos RM3,600.00 untuk kegunaan pegawai-pegawai British. Pada asalnya kawasan ini terdapat ladang teh Assam, kemudian dipindahkan ke Cameron Highlands.
  • Rumah Rehat Bukit Larut - terletak 1,034 meter di atas paras laut dan 10.1 kilometer dari kaki Bukit Larut dengan keluasan kawasan lebih kurang 1.2 hektar.
  • Banglo Beringin - asalnya dikenali sebagai Rumah Rehat Watson. Luas kawasannya 1.2 hektar dan berada pada ketinggian 1,036 meter atas paras laut dengan jarak 10.2 kilometer dari kaki Bukti Larut.
  • Banglo Angkasa - dibina pada 1906 dan dikenali sebagai 'The Federal Bungalows'. Banglo ini disewakan khas untuk VIP saja.
  • Banglo Cendana - dikenali sebagai The Hut yang dibina pada 1889 dengan kos sebanyak RM2,000.00.
  • Banglo Tempinis - asalnya dikenali sebagai Banglo Treacher. Sejarah pembinaan dan tujuannya tidak diketahui.
  • Sri Kayangan - dikenali sebagai The Box yang juga rumah kediaman rasmi Residen Perak. Kawasan ini mempunyai ketinggian 1,242 meter dari paras laut dengan jarak 11.7 kilometer dari kaki Bukit Larut. Persekitarannya amat menarik, kerana pemandangan dari bahagian hadapannya dapat menyaksikan kebiruan Selat Melaka serta panorama Bandar Taiping.
  • Rumah Rehat Gunung Hijau - asalnya dikenali sebagai The Speedy Resthouse dan terletak pada ketinggian 1,113 meter dari paras laut

Penginapan dan Tambang

Pengunjung yang ingin ke puncak bukit mesti menaiki Land Rover yang disediakan Pejabat Taman Peranginan Bukit Larut di kaki bukit dengan dikenakan tambang RM10 bagi dewasa dan RM5 (kanak-kanak bawah 10 tahun) untuk perjalanan dua hala ke stesen atas bukit. Jadual perjalanan Land Rover: antara 8 pagi hingga 5 petang (satu perjalanan bagi setiap jam naik dan turun).Kapasiti Land Rover: 8 orang dewasa. Maklumat dan tempahan penginapan boleh diperolehi dengan menghubungi Pegawai Menjaga Taman Peranginan Bukit Larut di talian 05-8077241/243

Zon Waktu Berbuka Puasa dan Imsak

Apabila bulan Ramadhan, kawasan Bukit Larut dikategorikan dalam Zon 3, bagi waktu imsak dan berbuka di negeri Perak.

Pembiakan Bunga

Terdapat inkubator pembiakan bunga tulip di Bukit Larut. Kini, bunga tulip menjadi tarikan kepada Bukit Larut, ketika musim bunga itu berkembang antara Disember hingga April.Benih bunga tulip di Bukit Larut diimport dari Belanda setiap tahun, disemai dalam bilik sejuk yang mempunyai suhu kurang 8 darjah Celsius selama 15 minggu. Ia akan berbunga selepas dua minggu dibawa keluar dari bilik berkenaan.

Diantara jenis bunga tulip yang disemai adalah berwarna merah, merah jambu, putih serta ungu. Bunga tulip yang telah dipetik dijual pada harga RM5 sekuntum atau RM15 bagi satu pasu yang mengandungi tiga kuntum bunga.[4]

Jenis Tulip

Pandangan panorama dari rumah rehat Beringin
  • Pengangkutan jip, 2012
    Pengangkutan jip, 2012
  • Kaki bukit, 2012
    Kaki bukit, 2012
  • Pemandangan berkabus di Bukit Larut, 2012
    Pemandangan berkabus di Bukit Larut, 2012
  • Pemandangan di stesen Bukit Larut, 2012
    Pemandangan di stesen Bukit Larut, 2012
  • Taman permainan. Lubang yang digali oleh babi hutan, 2012
    Taman permainan. Lubang yang digali oleh babi hutan, 2012
  • Jambatan gantung dan menara tinjau, 2012
    Jambatan gantung dan menara tinjau, 2012
  • Pemandangan bandar Taiping dari taman permainan, 2012
    Pemandangan bandar Taiping dari taman permainan, 2012
  • Kebun bunga tulip, 2010
    Kebun bunga tulip, 2010
  • Pusat Kepelbagaian Biologi, 2011
    Pusat Kepelbagaian Biologi, 2011
  • Belalang ranting atau dikenali phasmatodea, 2011
    Belalang ranting atau dikenali phasmatodea, 2011


Berikut adalah jenis bunga-bunga tulip yang ditanam didalam inkubator di Bukit Larut:

  • Fail:Tulip kuning.jpg
  • Fail:Tulip Larut.jpg
  • Fail:Tulip merah2.jpg
  • Fail:Tulip merah3.jpg
  • Fail:Tulip oren.jpg
  • Fail:Tulip pink.jpg
  • Fail:Tulip putih.jpg
  • Fail:Tulip Ungu.jpg

Media

Bukit Larut mempunyai pemancar-pemancar Radio yang boleh meliputi kawasan Taiping dan Padang Rengas bagi siaran kuat, Perak Utara, Kuala Kangsar, Perak Tengah, bahagian Perak Selatan, Hilir Perak, bahagian Pulau Pinang Selatan, bahagian Kedah Selatan (Kulim dan Bandar Baharu), dan bahagian Selangor Utara.

Siaran TV Analog telah ditutup pada 1 November 2019 kerana beralih ke Siaran TV Digital.

Frekuensi Radio

Pautan

  • Pusat Peranginan Bukit Larut - Laman web yang dikendali oleh Majlis Perbandaran Taiping
  • Berita Perak - Bukit Larut popular sebagai pengeluar bunga tulip[pautan mati kekal]
  • Waktu Solat Negeri Perak - Bukit Larut

Rujukan

  1. ^ Wan Noor Azmi Wan Mohd Nor, Rusidah Mohd Akil, Hazlina Mansor (2008). Teks & Rujukan Lengkap Geografi PMR. Arah Pendidkan Sdn Bhd. m/s. 49.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ A Field Guide to the Birds of Peninsular Malaysia and Singapore, By Allen Jeyarajasingam
  3. ^ A Field Guide to the Birds of Peninsular Malaysia and Singapore, By Allen Jeyarajasingam, Alan Pearson
  4. ^ "Bukit Larut tidak dimamah usia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-12-02. Dicapai pada 2006-12-14.

Lihat juga