Cabang tentera

Cabang tentera (juga dipanggil cabang perkhidmatan atau perkhidmatan bersenjata) adalah mengikut standard biasa subbahagian angkatan tentera nasional sesebuah negara berdaulat.

Cabang-cabang

Cabang klasik

Dalam istilah klasik NATO, tiga asas pemerintahan cabang tentera adalah Tentera Darat, Tentera Udara, dan Tentera Laut.[1]

  • Tentera Darat
    Tentera Darat
  • Tentera Udara
    Tentera Udara
  • Tentera Laut
    Tentera Laut

Cabang khusus

Negara yang tidak mempunyai akses ke mana-mana perairan pesisir (brown water), laut wilayah (green water), laut terbuka (blue water) atau apa jua lautan pada umumnya tidak memiliki tentera laut nasional.

Di sesetengan negara mungkin terdapat cabang tentera yang lain. Sebagai tambahan kepada cabang tentera yang disebut diatas, contoh-contohnya ialah:

  • Di Argentina, Gendarmerie Nasional dan Wilayah Laut
  • Di China, Pasukan Roket dan Pasukan Bantuan Strategik
  • Di Perancis, Gendarmerie Nasional dan Pengawal Kebangsaan
  • Di Jerman, Pasukan Kesihatan Bersama, Pasukan Bantuan Bersama dan Markas Ruang Siber dan Maklumat
  • Di Itali, Carabinieri
  • Di Norway, Askar Wataniah dan Pasukan Pertahanan Siber
  • Di Poland, Pasukan Khusus
  • Di Rusia, Pasukan Airborne dan Pasukan Peluru Berpandu Strategik
  • Di Afrika Selatan, Pasukan Kesihatan Tentera
  • Di Korea Selatan, Kor Marin
  • Di Taiwan, Polis Tentera
  • Di Amerika Syarikat, Kor Marin dan Pengawal Pantai
Lambang sesetengah negara
  • Perancis Gendarmerie Nationale
    Perancis
    Gendarmerie Nationale
  • Itali Carabinieri
    Itali
    Carabinieri
  • Norway Askar Wataniah
    Norway
    Askar Wataniah
  • Poland Pasukan Khusus
    Poland
    Pasukan Khusus
  • Rusia Pasukan Airborne
    Rusia
    Pasukan Airborne
  • Rusia Pasukan Peluru Berpandu Strategik
    Rusia
    Pasukan Peluru Berpandu Strategik
  • Korea Selatan Kor Marin
    Korea Selatan
    Kor Marin
  • Taiwan Polis Tentera
    Taiwan
    Polis Tentera
  • AS Pengawal Pantai AS
    AS
    Pengawal Pantai AS
  • AS Kor Marin AS
    AS
    Kor Marin AS

Sejarah pembangunan

Cabang perkhidmatan berada sejajar dengan kemajuan teknikal ketenteraan dan telah dibangunkan secara kekal. Dengan latar belakang itu, tentera udara ditubuhkan pada awal abad ke-20 sebagai salah satu perkhidmatan bersenjata yang terbaru.

Secara tradisinya tentera darat adalah yang paling tua – dan di kebanyakan negara ia merupakan perkhidmatan bersenjata yang paling besar.

Angkatan bersatu

Angkatan Tentera Kanada ialah angkatan tentera bersatu Kanada. Walaupun ia mempunyai tiga cabang pemerintahan - iaitu Tentera Laut Diraja Kanada, Tentera Darat Kanada dan Tentera Udara Diraja Kanada - ia kekal sebagai perkhidmatan tunggal tentera.

Definisi NATO

Cabang perkhidmatan (juga cabang perkhidmatan tentera atau cabang perkhidmatan bersenjata) merujuk, menurut standard NATO, kepada sesuatu cabang, penggunaan pasukan gabungan atau bahagian-bahagian dari perkhidmatan, dibawah peringkat perkhidmatan, perkhidmatan tentera atau perkhidmatan bersenjata.[2]

Rujukan

  1. ^ STANAG 2116: NATO Codes for Grades of Military Personnel. NATO. 13 March 1996.
  2. ^ MILITÄRISCHES STUDIENGLOSAR ENGLISCH Teil I, A – K, Bundessprachenamt (Stand Januar 2001), page 226, definition: branch of service.
Kawalan kewibawaan: Perpustakaan negara Sunting ini di Wikidata
  • Sepanyol
  • Ukraine
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Latvia
  • Republik Czech
    • 2

Templat:Cabang tentera