Kei car

Mitsubishi i MiEV

Kei car, K-car, atau keijidōsha (軽自動車code: ja is deprecated , bermaksud "kereta ringan") (disebut /keːdʑidoːɕa/), merupakan kategori kereta kecil di Jepun, termasuklah kereta penumpang, van serta lori pikap. Ia direkabentuk sebegitu rupa untuk mengeksploitasi potongan cukai dan insurans, dan di kawasan luar bandar pula ia dikecualikan daripada keperluan ruangan parkir yang mencukupi.[1][2] Piawaian ini mula diasaskan pada penghujung Perang Dunia Kedua, di mana kebanyakan rakyat Jepun tidak mampu memiliki sebuah kereta tetapi mampu memiliki sebuah motosikal. Piawaian kereta kei car mula dibentuk bagi menggalakkan pertumbuhan industri automotif serta untuk menawarkan kaedah penghantaran alternatif kepada kedai dan perusahaan kecil.

Oleh kerana peraturan hanya mengehadkan saiz fizikal, saiz enjin serta kuasa kuda, pengeluar kereta sering menerapkan banyak teknologi canggih bagi kelas berkenaan. Hasilnya, kereta kei car sering dipasang dengan enjin pernafasan paksaan, transmisi automatik dan CVT, sistem pacuan roda hadapan, roda belakang dan empat roda, pacuan hibrid, penyaman udara, GPS serta banyak lagi.

Daihatsu, Honda, Mitsubishi, Smart,[3] Subaru, dan Suzuki kesemuanya mengeluarkan kereta kei car. Nissan menjual model Mitsubishi dan Suzuki manakala Mazda menjual model Suzuki di bawah lesen.[4]

Sejarah peraturan

Tarikh Panjang maksimum Lebar maksimum Tinggi maksimum Sesaran maksimum Kuasa kuda maksimum
empat lejang dua lejang
8 Julai 1949 2.8 m 1 m 2 m 150 cc 100 cc n/a
26 Julai 1950 3 m 1.3 m 300 cc 200 cc
16 Ogos 1951 360 cc 240 cc
4 April 1955 360 cc
1 Januari 1976 3.2 m 1.4 m 550 cc
Mac, 1990 3.3 m 660 cc 47 kW (64 PS; 63 hp)
1 Oktober 1998 3.4 m 1.48 m

Galeri

  • Suzuki Suzulight (1955)
    Suzuki Suzulight (1955)
  • Subaru 360 (1958)
    Subaru 360 (1958)
  • Daihatsu Midget MP (1959)
    Daihatsu Midget MP (1959)
  • Mazda R360 (1960)
    Mazda R360 (1960)
  • Mitsubishi Minica (1962)
    Mitsubishi Minica (1962)
  • Honda N360 (1967)
    Honda N360 (1967)
  • Daihatsu Copen
    Daihatsu Copen
  • Daihatsu Tanto
    Daihatsu Tanto
  • Daihatsu Move-Custom
    Daihatsu Move-Custom
  • Suzuki Alto
    Suzuki Alto
  • Suzuki Wagon-R Stingray
    Suzuki Wagon-R Stingray
  • Suzuki Jimny
    Suzuki Jimny
  • Mitsubishi i
    Mitsubishi i
  • Mitsubishi Pajero Mini
    Mitsubishi Pajero Mini
  • Subaru R1
    Subaru R1
  • Subaru Sambar Dias
    Subaru Sambar Dias
  • Honda Zest Spark
    Honda Zest Spark
  • Honda Life Pastel
    Honda Life Pastel

Lihat juga

  • Kereta bandar raya

Rujukan

  1. ^ "Minicars: Cheap and Cheerful", Peter Nunn, JAMA, January-February 2005
  2. ^ "Owning a Car in Japan", ALTs in Sendai
  3. ^ "Small Things in Good Packages", Jerry Garrett, New York Times, November 25, 2007
  4. ^ "Nissan Adds Third Minicar to its Lineup in Japan", Edmunds.com, June 6, 2005

Pautan luar

  • Persatuan rasmi 全国軽自動車協会連合会 (Jepun)
  • Sejarah peraturan
  • "The minicar and the emerging markets" Diarkibkan 2008-12-01 di Wayback Machine, Andrew Mollet, Automotive World, 1 Mac 2003 (langganan diperlukan)