Konfrontasi Indonesia–Malaysia

Konfrontasi Indonesia-Malaysia

Kawalan di pulau Borneo yang menjadi isu besar kepada konfrontasi ini.
Tarikh1963–1966
Lokasi
Tanah Melayu, Borneo
Keputusan Perjanjian perdamaian
Perubahan
wilayah
Sarawak (Kalimantan Utara) menjadi sebahagian dari Malaysia.
Pihak yang terlibat
 Malaysia
 United Kingdom
 New Zealand
 Australia
 Brunei
 Singapura

Disokong oleh:

Kanada  Kanada
 Amerika Syarikat
 Indonesia

Disokong oleh:

 Republik Rakyat China
 Filipina
 Kesatuan Soviet
Komandan dan pemimpin
Tunku Abdul Rahman
Walter Walker
Yusof Ishak
Sultan Omar Ali Saifuddien
Soekarno
Omar Dani
Soeharto
Abdul Harris Nasution
Kekuatan
tidak diketahui tidak diketahui
Kerugian dan korban
114 terbunuh
181 cedera
590 terbunuh
222 cedera
Sebahagian daripada siri tentang
Sejarah Malaysia
Kemerdekaan Malaya dan proklamasi penggabungan Borneo Utara dan Sarawak bagi membentuk Malaysia.
Prasejarah Malaysia
Prasejarah Malaysia 100–kurun-6
Kerajaan awal
Chih Tu kurun-2–7
Gangga Negara kurun-1–11
Langkasuka kurun-1–15
Pan Pan kurun-3–5
Kedah Tua kurun-4–12
Pahang Tua kurun-5–15
Melayu Jambi kurun-6
Kota Gelanggi kurun-7–9
Srivijaya 650-1377
Majapahit 1293-1500
Kemunculan Kesultanan Islam
Kesultanan Kedah 1136–sekarang
Sultan Kelantan 1267-sekarang
Kesultanan Brunei 1363–sekarang
Kesultanan Melaka 1402–1511
Kesultanan Sulu 1450–1899
Kesultanan Pahang 1470-sekarang
Kesultanan Perak 1528–sekarang
Kesultanan Terengganu 1725-sekarang
Kesultanan Selangor 1743-sekarang
Negeri Sembilan 1773-sekarang
Kerajaan Perlis 1843-sekarang
Parti Politik dan Pertubuhan
UMNO1946-sekarang
MIC1946-sekarang
MCA1949-sekarang
Parti Islam Se-Malaysia1951-sekarang
Parti Perikatan1952-1973
Parti Tindakan Demokratik1965-sekarang
Barisan Nasional1973-sekarang
Parti Bersatu Sabah1985-sekarang
Pertubuhan BERSIH2006-sekarang
Pakatan Rakyat2008-2015
Pertubuhan Hindraf2009-2019
Pakatan Harapan2015-sekarang
Parti Pribumi Bersatu Malaysia2016-sekarang
Muafakat Nasional2019-2022
Gabungan Parti Sarawak2019-sekarang
Parti Perikatan Nasional2020-sekarang
Parti Pejuang Tanah Air2020-sekarang
Ikatan Demokratik Malaysia2020-sekarang
Peristiwa
Hartal Tanah Melayu 19471947
Gerakan Anti-Penyerahan Sarawak1946-1950
Peristiwa Bukit Kepong1950
Rusuhan kaum 19641964
Krisis Perlembagaan Sarawak1966
Rusuhan Pulau Pinang1967
Pertikaian Pulau Ligitan dan Sipadan 1969-2002
Kebangkitan mahasiswa Malaysia 1971-19751971-1975
Krisis tebusan Bangunan AIA 19751975
Peletupan Tugu Negara1975
Kebakaran Kompleks Campbell1976
Tragedi Double Six1976
Tragedi Penerbangan MH6531977
Darurat Kelantan1977-1978
Dawn Raid1981
Serangan hendap Lahad Datu 19851985
Peristiwa Memali1985
Rusuhan Senyap Sabah1986
Operasi Lalang1987
Urusan Mahkamah Ming 19871987
Tragedi Terminal Feri Sultan Abdul Halim1988
Kebakaran Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah1989
Tragedi letupan kilang mercun Bright Sparklers1991
Pindaan Perlembagaan Malaysia 19931993
Tragedi Highland Towers1993
Ribut Tropika Greg1996
Krisis Kewangan Asia1997-1998
Sukan Komanwel 19981998
Gerakan Reformasi Malaysia1998-sekarang
Wabak virus Nipah di Malaysia1998-1999
Al-Ma'unah2000
Peristiwa Kampung Medan2001
Tsunami Malaysia 20042004
Pembunuhan Altantuya Shaariibuu2006
Perhimpunan Bersih 20072007
Perhimpunan Hindraf 20072007
Gelombang Politik 20082008
Himpunan Anti-ISA2009
Pandemik H1N1 di Malaysia2009-2010
Perhimpunan Bersih 20112011
Perhimpunan Bersih 20122012
Himpunan Kebangkitan Rakyat 20132013
Pencerobohan Lahad Datu2013
Himpunan Black Out 20132013
Langkah Kajang2014
Tragedi Penerbangan MH3702014
Tragedi Penerbangan MH172014
Banjir 2014-152014-2015
Skandal 1Malaysia Development Berhad2015-sekarang
Perhimpunan Bersih 20152015
Gempa bumi Sabah 20152015
Deklarasi Rakyat2016
Serangan bom tangan Movida Bar2016
Perhimpunan Bersih 20162016
Pembunuhan Kim Jong-nam2017
Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah2017
PRU-14 - Peralihan kerajaan2018
Protes terhadap ICERD di Malaysia2018
Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman2018
Perhimpunan Anti-ICERD2018
Pandemik COVID-19 di Malaysia2020-kini
Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia2020-2021
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan2021-2022
Kemalangan LRT Kelana Jaya 20212021
Hartal Doktor Kontrak2021
Banjir 2021-222021-2022
Tanah runtuh Batang Kali 2022 2022
Tragedi pesawat Elmina 2023
Mengikut topik
Ikon portal Portal Malaysia
  • l
  • b
  • s

Konfrontasi Indonesia–Malaysia ialah sebuah konflik akibat daripada pembangkangan politik dan tentera Indonesia kepada pembentukan Malaysia atau penyatuan Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia Barat) dengan tanah jajahan mahkota/naungan British di Sabah dan Sarawak (secara kolektif dikenali sebagai British Borneo, Malaysia Timur) pada bulan September 1963.

Penentangan ini telah dilakukan oleh Presiden Sukarno kerana cita-cita tingginya menentang penjajahan di Nusantara sebagai perang mengenai masa depan Tanah Melayu, Brunei, Sabah dan Sarawak dan menyalakan semula semangat anti-penjajahan terhalang akibat daripada pengisytiharan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

Latar belakang

Sebahagian daripada siri tentang
Sejarah Indonesia
Prasejarah
Manusia Jawa 1,000,000 BP
Manusia Flores 94,000–12,000 BP
Bencana alam Toba 75,000 BP
Kebudayaan Buni 400 SM
Kerajaan Hindu-Buddha
Kerajaan Salakanagara 130–362
Kerajaan Kutai 350–1605
Kerajaan Tarumanagara 358–669
Kerajaan Kalingga 500an–600an
Kerajaan Melayu 600an
Kerajaan Sriwijaya 600an–1025an
Kerajaan Kanjuruhan 700an
Wangsa Sailendra 800an–900an
Kerajaan Galuh 669–1482
Kerajaan Medang 752–1006
Kerajaan Bali 914–1908
Kerajaan Sunda 932–1579
Kerajaan Kahuripan 1006–1045
Kerajaan Janggala 1042–1136
Kerajaan Kadiri 1045–1222
Kerajaan Dharmasraya 1183–1347
Kerajaan Singasari 1222–1292
Kerajaan Majapahit 1293–1527
Kerajaan Islam
Penyebaran Islam di Indonesia 1200–1600
Kerajaan Aru 1225–1613
Kesultanan Ternate 1257–1914
Kesultanan Samudera Pasai 1267–1521
Kerajaan Pagaruyung 1347–1833
Kesultanan Brunei 1368–1888
Kesultanan Melaka 1405–1511
Kesultanan Sulu 1405–1851
Kesultanan Cirebon 1430–1677
Kesultanan Demak 1475–1554
Kesultanan Aceh 1496–1903
Kesultanan Banten 1526–1813
Kesultanan Kalinyamat 1527–1599
Kesultanan Pajang 1549–1587
Kesultanan Mataram 1558–1830
Kesultanan Kasepuhan 1679–1815
Kesultanan Kanoman 1679–1815
Kasunanan Kartasura 1680–1745
Kesultanan Siak 1725–1946
Kasunanan Surakarta 1745–1946
Kesultanan Yogyakarta 1755–1945
Kadipaten Mangkunegaran 1757–1946
Kadipaten Pakualaman 1813–1950
Kesultanan Deli 1814–1946
Kesultanan Riau-Lingga 1824–1911
Kerajaan Kristian
Kerajaan Larantuka 1515–1904
Kolonialisme Eropah
Portugis 1512–1850
VOC 1603–1800
Jeda kekuasaan Perancis dan Britania 1806–1815
Hindia Belanda
1800–1942
1945–1950
Kemunculan Indonesia
Kebangkitan Nasional Indonesia 1908–1942
Pendudukan Jepun di Hindia Belanda 1942–1945
Revolusi Nasional Indonesia 1945–1949
Kemerdekaan
Republik Indonesia Serikat 1949–1950
Demokrasi liberal 1950–1957
Demokrasi terpimpin 1957–1965
Transisi 1965–1966
Orde Baru 1966–1998
Reformasi 1998–sekarang
Ikon portal Portal Indonesia
  • l
  • b
  • s
Persetujuan Manila antara Republik Filipina, Persekutuan Malaya dan Republik Indonesia

Pada 1961, Borneo dibahagikan kepada empat pentadbiran. Kalimantan, sebuah negeri milik Indonesia yang terletak di selatan Kalimantan. Di utara merupakan Kerajaan Brunei dan dua negeri dibawah pentadbiran British; Sarawak dan Borneo Utara British, yang kemudiannya diberi nama sebagai Sabah. Sebagai bahagian daripada pengunduran daripada pentadbirannya di Asia Tenggara, British cuba menggabungkan pentadbirannya di Kalimantan dengan Semenanjung Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia.

Rancangan ini dibantah keras oleh Presiden Indonesia; Presiden Soekarno. Beliau berpendapat bahawa Malaysia ialah sebuah rekaan British, dan penubuhan Malaysia hanya akan memberikan pihak British menguatkan lagi kuasa jajahannya di kepulauan Borneo ini, sehingga memberi ancaman besar terhadap kemerdekaan Indonesia. Filipina juga membuat dakwaan atas Sabah, dengan alasan negeri itu mempunyai hubungan sejarah dengan Filipina melalui Kesultanan Sulu.

Di Brunei, Pemberontak Kalimantan Utara (TNKU) memberontak pada 8 Disember 1962. Mereka melakukan cubaan menculik Sultan Brunei, dan merampas ladang minyak dan menjadikan orang Eropah sebagai tebusan. Sultan Brunei berjaya melepaskan diri dan baginda meminta pertolongan dari British. Baginda mendapat bantuan ketenteraan British, Persekutuan Malaysia dan Gurkha dari Singapura. Pada 16 Disember, Komander Timur Jauh Inggeris (British Far Eastern Commander) menyeru bahawa seluruh pemberontakan utama telah berjaya dipatahkan, dan pada 17 April 1963, pemimpin pemberontak ditangkap dan pemberontakan tersebut berakhir.

Ganyang Malaysia

Filipina dan Indonesia secara rasminya bersetuju untuk menerima pembentukan Malaysia apabila majoriti di daerah yang menghadapi konflik membuat pilihan dalam satu pungutan suara yang dikelolakan oleh PBB. Soekarno pada mulanya mengambil pendirian menyokong penubuhan Malaysia, Menteri luar Indonesia iaitu Dr. Subandrio pernah mengucapkan selamat kepada usaha Persekutuan Tanah Melayu menubuhkan Malaysia. Namun sikap Indonesia telah bertukar dan berusaha menentang keras penubuhan negara Malaysia daripada menjadi sebuah negara yang bebas. Soekarno ternyata mempunyai ego yang kuat sehingga sanggup menghina dan mengutuk Malaysia secara terus menerus dalam Sidang Kemuncak yang diadakan di Manila. Selain daripada kritikan yang keras, beliau juga bertindak memutuskan hubungan politik, ekonomi dan sosial dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Semenjak demonstrasi anti-Indonesia di Kuala Lumpur berlaku, para penunjuk perasaan mengepung bangunan Duta Indonesia, dan bertindak mengoyakkan gambar Soekarno dan membawa lambang negara Indonesia Garuda Pancasila di

Soekarno yang berang akibat tindakan itu mengutuk perbuatan Tunku yang memijak-mijak lambang negara Indonesia[1] dan beliau ingin membalas dendam dengan melancarkan gerakan yang terkenal dengan nama Ganyang Malaysia. Namun hal ini dinafikan oleh Tunku, malah beliau sendiri mempersoalkan tindakan segelintir penunjuk perasaan yang memijak-mijak lambang tersebut. Namun sehingga kini tiada bukti yang dapat mengukuhkan perbuatan tersebut, samada perkara tersebut benar-benar dilakukan oleh Tunku atau ada segelintir pihak yang cuba mengapi-apikan keadaan pada masa itu. [2]

Pada hari Ahad 20 Januari 1963 yakni ketika suatu perhimpunan berlangsung, Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio telah mengumumkan konfrontasi terhadap Malaysia. Akibat daripada itu, Kepala Staff Strategik Angkatan Darat Indonesia, Jeneral Achmad Yani telah menasihati Presiden Sukarno agar tidak terus melancarkan konfrontasi dengan Malaysia. Konfrontasi hanya menyebabkan tentera British dan Australia terlibat langsung berdepan dengan Tentera Nasional Indonesia. Presiden Sukarno menyifatkan nasihat itu hanya membelakangi arahannya. Sebaliknya pengumuman Dr. Subandrio diangkat sebagai dasar subversif baru yang aktif dilaksanakan di Indonesia terhadap semua wilayah Malaysia.[3]

Perang

Dalam usaha Sukarno yang menentang penubuhan negara Malaysia, beliau juga telah memulaukan Laporan Suruhanjaya Cobbold yang ditugaskan pada tahun 1962 yang bertujuan untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap penubuhan Malaysia. Sukarno telah melancarkan kempen ‘Ganyang Malaysia’ pada awal 1963. Konfrontasi Sukarno telah berubah daripada sekadar perang kata-kata menjadi konfrontasi ketenteraan, hal ini berlaku selepas Suruhanjaya khusus PBB yang dibentuk untuk mengumpul pendapat rakyat setempat tentang pembentukan Malaysia. Sukarno menjadi semakin tersinggung apabila Tunku mengumumkan terbentuknya Malaysia sebelum Komisi PBB itu mengumumkan hasil siasatannya.

Pada 12 April 1963, sukarelawan perang dan para gerila Indonesia mula bertindak menyelinap masuk ke dalam sempadan Malaysia. Ketika ini, penyelinapan dan pencerobohan masuk mula dengan menyerang Balai Polis Tebedu di Sarawak, yang terletak kira-kira 5 kilometer daripada sempadan Indonesia. Tugas peyelusupan diletakkan di bawah bahu Mejar Benny Moerdani. Namun begitu serangan berjaya dipatahkan oleh Rejimen Askar Melayu Diraja Malaya dan Askar Gurkha.

Pada 29 Disember 1963, gerila perang Indonesia telah melancarkan serangan mengejut ke Pos tentera di Kalabakan, Tawau, Sabah. Serangan mengejut ini dilakukan ketika anggota tentera daripada Kompeni C, Rejimen ke-3 Askar Melayu Diraja sedang bersiap-siap untuk Solat Isyak. Serangan ini telah ditentang oleh Askar Melayu Diraja Malaya dan menyebabkan sukarelawan perang Indonesia berundur ke sempadan mereka.[4]

Pada 1964, gerila Indonesia mulai menyerang wilayah di Semenanjung Malaysia. Pada bulan Ogos, enam belas ejen bersenjata Indonesia ditangkap di Johor. Aktiviti tentera Indonesia di sempadan meningkat. Sehubungan itu, kerajaan Malaysia mengerahkan Angkatan Tentera Malaysia termasuk Rejimen Askar Melayu Diraja dan Rejimen Askar Wataniah bersiap sedia untuk menangani ancaman ganas Indonesia, Tentera Laut Diraja Malaysia dikerah untuk mempertahankan perairan Malaysia. Keanggotaan pasukan tentera Malaysia hanya sedikit yang dikerah dan diletakkan dibahagian pos kawalan sempadan dan kawalan unit komando. Misi utama mereka adalah untuk mencegah pencerobohan gerila Indonesia ke Malaysia. Selain pasukan tentera, kerajaan Persekutuan Malaysia turut menghantar sepasukan polis dari pelbagai cawangan untuk membantu pasukan tentera mempertahankan tanahair. Cawangan Tugas Am, Sukarelawan Polis dan Polis Bantuan ditugaskan untuk mengawal dan membuat rondaan dikampung-kampung dan dikawasan bandar. Sekatan jalanraya dengan pihak tentera dijalankan dengan ketat dan pemeriksaan ke atas orang awam turut dijalankan bagi memastikan tiadanya ejen Indonesia yang menyusup masuk ke dalam bandar dan kampung-kampung dengan menyamar sebagai orang awam. Cawangan Khas ditugaskan untuk membantu Kor Risik Diraja melakukan tugas risikan terhadap kegiatan dan aktiviti subversif yang dilakukan oleh tentera Indonesia, manakala Pasukan Polis Marin membantu Tentera Laut Diraja Malaysia melakukan tugas rondaan diperairan negara serta Pasukan Polis Hutan diaturgerakkan bersama tentera darat memburu gerila Indonesia yang menyusup masuk ke dalam hutan. Pada 16 Ogos, sepasukan Rejimen Askar Melayu Diraja berhadapan dengan lima puluh orang gerila Indonesia.

Meskipun Filipina tidak turut serta dalam kempen tersebut, namun mereka memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Persekutuan Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada 16 September 1963. Brunei menolak gabungan dengan Malaysia dan Singapura keluar di kemudian hari.

Ketegangan berlaku di kedua belah pihak di Selat Melaka. Dua hari kemudian para perusuh membakar kedutaan Britain di Jakarta. Beratus-ratus perusuh menyerbu kedutaan Singapura di Jakarta dan juga rumah diplomat Singapura. Di Malaysia, ejen Indonesia ditangkap dan wartawan media massa menyerang kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur.

Di sempadan Kalimantan, telah berlakunya pertempuran dikawasan sempadan; gerila Indonesia dan pasukan separa tenteranya cuba menceroboh Sarawak dan Sabah, tetapi gagal. Sebahagian besar pihak yang terlibat konflik bersenjata dengan Indonesia ialah askar Britain dan Australia, terutama sekali pasukan khas mereka iaitu Special Air Service(SAS). Dianggarkan, seramai 2000 komando Indonesia (Kopassus) dan 200 anggota SAS British, Australia dan New Zealand terbunuh setelah bertempur di hutan Kalimantan dengan Truper James Condon daripada anggota 22 SAS British menjadi korban pertama dalam pertempuran tersebut.

Pada 17 Ogos, pasukan payung terjun mendarat di pantai barat daya Johor dan cuba membentuk pasukan gerila. Pada 2 September 1964, pasukan payung terjun mendarat di Labis, Johor. Pada 29 Oktober, 52 anggota tentera mendarat Indonesia di Pontian di sempadan Johor-Melaka, tetapi ditangkap oleh pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja dan New Zealand, manakala yang selebihnya berjaya ditahan oleh Pasukan Polis Hutan di Batu 20, Muar, Johor.

Konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia menjadi semakin tegang apabila Malaysia terpilih sebagai anggota tidak tetap PBB pada bulan Disember 1964. Sebagai protes kepada penyertaan Malaysia menjadi anggota PBB, Indonesia telah menarik diri daripada keanggotaan PBB pada Januari 1965.

Sebagai tandingan Olimpik, Soekarno turut menyelenggarakan GANEFO (Games of the New Emerging Forces) yang diselenggarakan di Senayan, Jakarta pada 10-22 November 1963. Pesta olahraga ini disertai oleh 2,250 atlet dari 48 negara di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Selatan, serta didatangi oleh 500 orang wartawan asing.

Pada Januari 1965, Australia bersetuju untuk menghantar pasukan tenteranya ke Kalimantan setelah mendapat permintaan daripada Malaysia. Tentera Australia menghantar 3 Rejimen Diraja Australia dan Rejimen Australian Special Air Service. Dianggarkan seramai empat belas ribu pasukan tentera British dan Komanwel di Australia pada ketika itu. Secara rasminya, tentera British dan Australia tidak dapat melakukan serangan melalui sempadan Indonesia. Tetapi, unit seperti Special Air Service, baik British mahupun Australia, menyusup masuk secara rahsia (lihat Operasi Claret). Australia melakukan penyusupan ini pada 1966.

Pada pertengahan 1965, Indonesia mula menggunakan pasukan rasminya setelah kesemua pasukan komando dan sukarelawan yang melakukan penyusupan di Malaysia gagal. Pada 28 Jun, mereka menyeberangi sempadan ke timur Pulau Sebatik berhampiran Tawau, Sabah dan cuba melakukan serangan dan sabotaj ke atas kem Rejimen Askar Melayu Diraja di Tawau, namun cubaan itu gagal kerana kem itu berhampiran dengan balai polis dan disedari oleh anggota-anggota polis di situ dan berjaya mematahkan cubaan itu.

Akhir konfrontasi

Menjelang akhir 1965, Jeneral Soeharto memegang tampuk pemerintahan Indonesia setelah berlakunya rampasan kuasa. Oleh kerana konflik dalaman negara, keinginan Indonesia untuk meneruskan konfrontasi dengan Malaysia berkurangan dan peperangan telah reda.

Pada 28 Mei 1966, sebuah rundingan dilakukan di Bangkok, Kerajaan Malaysia dan Indonesia mengumumkan perdamaian setelah Soeharto menghantar Adam Malik sebagai wakil untuk berunding dengan Tunku Abdul Rahman. Kekerasan berakhir pada bulan Jun, dan perjanjian perdamaian ditandatangani pada 11 Ogos dan dirasmikan dua hari kemudian. Penghancuran PKI dan elemen-elemen politik kiri, dan perletakan jawatan oleh Soekarno telah menyebabkan perubahan mendadak dalam kestabilan politik Indonesia pada tahun 1965. Indonesia secara rasminya mengakhiri konfrantasi terhadap Malaysia pada tahun 1967.

Akibat

Konfrontasi ini merupakan salah satu penyebab pendekatan Presiden Soekarno dengan Parti Komunis Indonesia, menjelaskan aktiviti ketenteraan yang menggabungkan diri dalam gerakan G30S/Gestok (Gerakan Satu Oktober), dan juga pada akhirnya menyebabkan PKI melakukan penculikan pemerintah tertinggi Tentera Darat.[1]


Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 tidak disenangi oleh Indonesia dan Filipina tetapi juga tidak diiktiraf oleh Pakistan melalui Menteri luar Pakistan, Zulfiqar Ai Bhutto .[perlu rujukan] Malaysia tidak dijemput menghadiri Sidang kemuncak Afri-Asia 1965 di Algeria. Malahan wakil Malaysia turut dihalang menghadirinya[perlu rujukan]. Rampasan kuasa Algeria 1965 dapat menjatuhkan Presiden Algeria, Ahmed Ben Bella.

Sekiranya Jeneral Suharto yang ditugaskan Soekarno menggerakkan tentera Indonesia rasmi menyerang Malaysia, peperangan terbuka pasti akan berlaku. Armada British berlabuh di Laut China Selatan lengkap dengan senjata nuklear dan bersiap-sedia menyerang Jakarta jika perlu. [perlu rujukan] Tentera Amerika pula sedang terlibat dalam Perang Vietnam da tidak mahu Indonesia jatuh ke tangan komunis. CIA memberi 50 juta rupiah, walkie-talkie dan ubat-ubatan kepada Adam Malik. [perlu rujukan] Adam Malik bertemu buat pertama kali dengan Tunku sebelum solat Jumaat di Masjid Negara.

Gerakan 30 September 1965 (G30S) berlaku apabila komunis PKI pimpinan Leftenan Kolonel Untung Shamsuri membunuh tujuh panglima tentera. Namun Jenderal Haris Nasution selaku Menteri Pertahanan Indonesia terselamat. Suharto muncul sebagai orang kuat tentera yang baru.Hubungan Malaysia-Indonesia semakin kembali akrab.[5]

Lihat Juga

Rujukan

  1. ^ a b Artikel Kompas bertajuk "Sukarno, Malaysia, dan PKI" tanggal Sabtu, 29 September 2007
  2. ^ Tunku tak mahu pijak Pancasila
  3. ^ Chik, A. R. (2011). Konfrontasi. In Ahmad Ridzuan Wan Chik, Rejimen gerak khas; Pasukan khusus tentera darat (p. 3). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
  4. ^ Chik, A. R. (2011). Konfrontasi. In Ahmad Ridzuan Wan Chik, Rejimen gerak khas; Pasukan khusus tentera darat (p. 3). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
  5. ^ Suharto berjasa besar pada Malaysia
Peserta   NATO · Pakatan Warsaw · SEATO
1940-an
Persidangan Yalta · Operasi Unthinkable · Persidangan Potsdam · Hal ehwal Gouzenko · Krisis Iran 1946 · Perang Saudara Yunani · Penyataan semula Dasar tentang Jerman · Perang Indochina Pertama · Doktrin Truman · Rancangan Marshall · Darurat Tanah Melayu · Rampasan kuasa Czechoslovakia 1948 · Perpecahan Tito–Stalin · Pengepungan Berlin · Pengkhianatan Barat · Tirai Besi · Blok Timur · Perang Saudara Cina (pusingan kedua)
1950-an
Perang Korea · Rampasan kuasa Iran 1953 · Pemberontakan 1953 di Jerman Timur · Rampasan kuasa Guatemala 1954 · Pemecahan Vietnam · Krisis Selat Taiwan Pertama · Persidangan Kemuncak Geneva (1955) · Bantahan Poznań 1956 · Revolusi Hungary 1956 · Krisis Suez · Krisis Sputnik · Krisis Selat Taiwan Kedua · Revolusi Cuba · Perdebatan Dapur · Persidangan Asia–Afrika · Pindaan Bricker · McCarthyisme · Operasi Gladio · Doktrin Hallstein
1960-an
Krisis Congo · Perpecahan China-Soviet · Peristiwa U-2 1960 · Serangan Teluk Babi · Krisis Peluru Berpandu Cuba · Konfrontasi Indonesia-Malaysia · Tembok Berlin · Perang Vietnam · Rampasan kuasa Brazil 1964 · Pendudukan Amerika Syarikat 1965 di Republik Dominika · Perang Sempadan Afrika Selatan · Peralihan Tertib Baharu · Teori domino · Deklarasi ASEAN · Perang Saudara Laos · Junta tentera Yunani 1967–1974 · Revolusi Budaya · Perang China-India · Peristiwa Musim Bunga Praha · Komunisme Goulash · Konflik sempadan China-Soviet
1970-an
Pengenduran ketegangan · Perjanjian Larangan Pengembangan Senjata Nuklear · September Hitam di Jordan · Perang Saudara Kemboja · Diplomasi Ping Pong · Perjanjian Empat Kuasa tentang Berlin · Lawatan Nixon ke China 1972 · Rampasan kuasa Chile 1973 · Perang Yom Kippur · Perundingan Menghadkan Senjata Strategik · Perangan Saudara Angola · Perang Saudara Mozambique · Perang Ogaden · Perang Kemboja–Vietnam · Perang China-Vietnam · Revolusi Iran · Operasi Condor · Perang Pembebasan Bangladesh  · Penerbangan 902 Sistem Penerbangan Korea
1980-an
Perang Soviet di Afghanistan · Boikot Sukan Olimpik Musim Panas 1980 · Solidarność · Contras · Krisis Amerika Tengah · RYAN · Penerbangan 007 Sistem Penerbangan Korea · Able Archer 83 · Inisiatif Pertahanan Strategi · Serangan terhadap Grenada · Bantahan Dataran Tiananmen 1989 · Serangan terhadap Panama · Keruntuhan Tembok Berlin · Revolusi 1989 · Glasnost · Perestroika
1990-an
Lihat juga
Pengintipan Soviet dan Rusia di Amerika Syarikat · Hubungan Kesatuan Soviet–Amerika Syarikat · Hubungan NATO–Rusia
Pertubuhan
ASEAN · CIA · Comecon · Komuniti Eropah · GCHQ · KGB · Stasi
Perlumbaan
Perlumbaan senjata · Perlumbaan senjata nuklear · Perlumbaan Angkasa
Ideologi
Kapitalisme · Demokrasi liberal · Komunisme · (Stalinisme · Trotskyisme · Maoisme · Juche · Castroisme · Guevarisme · Titoisme)
Propaganda
Langkah aktif · Pravda · Radio Free Europe/Radio Liberty · Ketakutan Merah · Voice of America · Voice of Russia
Dasar asing
Doktrin Truman · Rancangan Marshall · Pembendungan · Doktrin Eisenhower · Teori domino · Doktrin Kennedy · Hidup bersama secara aman · Ostpolitik · Doktrin Johnson · Doktrin Brezhnev · Doktrin Nixon · Doktrin Ulbricht · Doktrin Carter · Doktrin Reagan · Gulung balik
Garis masa peristiwa · Portal · Kategori
  • l
  • b
  • s
Rencana Malaysia 
Sejarah
Geografi
Politik
Ekonomi
Masyarakat
Budaya
Simbol
  • Kategori
  • Portal