Laluan Yahiko

Laluan Yahiko
Sebuah siri E127 EMU di Stesen Yahiko
Umum
Nama asal弥彦線
JenisKereta api tempatan
LokasiWilayah Niigata
TerminalHigashi-Sanjō
Yahiko
Stesen8
Operasi
Dibuka1916
PemilikJR East
Stok kereta apiSiri 115/Siri E127/Siri E129
Teknikal
Panjang aliran17.5 km (10.9 bt)
Tolok landasan1,067 mm (3 kaki 6 in)
Pengelektrikan1,500 V DC talian atas
Kelajuan operasi85 km/j (55 mph)
Peta laluan

Laluan Yahiko (弥彦線code: ja is deprecated , Yahiko-sen) merupakan sebuah laluan kereta api di wilayah Niigata, Jepun. Laluan ini bermula dari Stesen Yahiko di pekan Yahiko dan berakhir di Stesen Higashi-Sanjō dalam bandar Sanjō di Niigata dan dikendalikan oleh JR Timur.

Perkhidmatan

Semua kereta api dalam laluan beroperasi sebagai perkhidmatan tempatan berhenti di semua stesen. Kebanyakan perkhidmatan dijalankan antara Yahiko dan Yoshida, dan Yoshida dan Higashi-Sanjō. Beberapa perkhidmatan menjalankan laluan penuh dari Yahiko ke Higashi-Sanjō, dan satu perkhidmatan pada waktu pagi di kedua-dua arah berjalan melalui Laluan Echigo ke arah Teradomari. Terdapat perkhidmatan setiap jam pada waktu pagi dan petang, dan perkhidmatan setiap 2–3 jam pada tengah hari.

Senarai stesen

Stesen-stesen dengan tanda "◇" memiliki landasan tunggal yang membenarkan kereta api melalui antara satu sama lain manakala stesen-stesen yang bertanda "|" memiliki landasan tunggal sehala.

Nama Bahasa Jepun Jarak
(km)
Pertukaran   Lokasi
Yahiko 弥彦 0.0   Yahiko Wilayah Niigata
Yahagi 矢作 2.3  
Yoshida 吉田 4.9 Laluan Echigo Tsubame
Nishi-Tsubame 西燕 8.0  
Tsubame 10.3  
Tsubame-Sanjō 燕三条 12.9 Joetsu Shinkansen Sanjō
Kita-Sanjō 北三条 15.4  
Higashi-Sanjō 東三条 17.4 Laluan Utama Shinetsu
Echigo-Ōsaki 越後大崎 - Ditutup 1985
Ōura 大浦 - Ditutup 1985
Echigo-Nagasawa 越後長沢 - Ditutup 1985

Simbol:

  • | - Satu trek
  • ◇ - Satu trek; stesen di mana kereta api boleh lalu

Stok gerabak kereta

Siri E127 EMU dan siri 115-1000 EMU di Stesen Yoshida
  • Siri E127 2 gerabak EMU (sejak Mac 2015)
  • Siri E129 2/4 gerabak EMU (sejak Mac 2015)
  • Siri 115-1000 3 gerabak EMU

Siri E129 series EMU yang terbaru telah diperkenalkan pada perkhidmatan tempatan dalam lalauan mulai fiskal 2014.[1]

Terdahulu

  • Siri 115-500 2 gerabak EMU (sehingga Mac 2015)
  • Siri E129
    Siri E129
  • Siri 115-500
    Siri 115-500

Sejarah

Kereta Api Echigo membuka bahagian Yahiko ke Yoshida pada tahun 1916 dan melanjutkan laluan ke Higashi-Sanjo pada tahun 1926. Syarikat itu dinasionalisasikan pada tahun 1927.[perlu rujukan]

Perkhidmatan pengangkutan barangan dihentikan pada tahun 1960, dan talian itu telah dielektrik pada tahun 1984.[perlu rujukan]

Laluan lama dibubarkan

  • Stesen Tsubame: Niigata Kotsu membuka laluan elektrik sepanjang 34 km pada 1,500 V DC ke Sekiya di Laluan Echigo pada tahun 1933. Perkhidmatan pengangkutan barangan dihentikan pada tahun 1982, dan talian ditutup antara tahun 1993 dan 1999.[perlu rujukan]
  • Stesen Higashi-Sanjo: Laluan 8 km ke Echigo Nagasawa beroperasi antara tahun 1927 dan 1985.[perlu rujukan]

Rujukan

  1. ^ 通勤形車両の新造計画について [Rancangan pembuatan tren komuter baharu] (PDF) (dalam bahasa Jepun). Syarikat Kereta Api Jepun Timur. 2 Julai 2013. Dicapai pada 2 Julai 2013.

Pautan luar

  • Stesen Laluan Yahiko (JR East) (dalam bahasa Jepun)
  • Jadual perjalanan Laluan Yahiko (JR East) (dalam bahasa Jepun)
  • Laluan Yahiko (dalam bahasa Jepun)

Templat:Niigata transit Templat:East Japan Railway Company Lines