Lelasan (perubatan)

Lelasan
Pengelasan dan sumber luaran
Lelasan pada tapak tangan
ICD-10T14.0
ICD-9919.0
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Dalam dermatologi, lelasan merupakan luka yang disebabkan oleh kerosakan luaran pada kulit dan luka tersebut tidaklah lebih dalam sehingga bahagian epidermis. Ia adalah tidak seteruk seperti pelecetan (laserasi) dan pendarahan serta jika ada, ia adalah minimum. Lelasan yang ringan, atau juga dikenali sebagai lecet tidak meninggalkan parut atau darah tetapi jika ia lelasan yang dalam, maka ia boleh membawa kepada pembentukan tisu parut. Lelasan lebih traumatik yang menghapuskan semua lapisan kulit dipanggil sebagai avulsi.

Kecederaan lelasan kebiasaannya berlaku apabila bahagian kulit terdedah kepada sentuhan bergerak pada permukaan kasar boleh menyebabkan pengasahan pada lapisan atas epidermis.

Lelasan mengikut peringkat

  • Lelasan peringkat pertama hanya melibatkan kecederaan epidermis.
  • Lelasan peringkat kedua melibatkan bahagian epidermis dan juga dermis dan ia mungkin menyebabkan pendarahan kecil.
  • Lelasan peringkat ketiga melibatkan kerosakan pada lapisan subkutaneus dan kulit serta ia dipanggil sebagai avulsi.

Rawatan

Lelasan seharusnya dibersihkan dan sebarang serpihan dibuang. Antibiotik topikal (seperti Neosporin atau bacitracin) boleh digunakan untuk mengelakkan jangkitan dan memastikan luka dalam keadaan lembap.[1] Membalut bahagian luka adalah dibolehkan[1] bagi mengelakkan luka daripada menjadi kering dimana ia boleh mengganggu proses penyembuhan.[2] Jika lelasan itu menyakitkan, analgesik topikal (seperti lidocaine atau benzocaine) boleh digunakan dan bagi lelasan besar pula, analgesik sistemik mungkin diperlukan.[1] Elakkan kulit yang luka itu daripada terdedah kepada matahari.

Galeri

Galeri dibawah menunjukkan proses penyembuhan pada bahagian tapak tangan yang disebabkan oleh geseran pada konkrit.

  • 32 minit selepas kecederaan
    32 minit selepas kecederaan
  • 17 jam selepas kecederaan
    17 jam selepas kecederaan
  • 1 hari dan 19 jam selepas kecederaan
    1 hari dan 19 jam selepas kecederaan
  • 3 hari selepas kecederaan
    3 hari selepas kecederaan
  • 13 hari selepas kecederaan
    13 hari selepas kecederaan
  • 14 hari selepas kecederaan
    14 hari selepas kecederaan
  • 17 hari selepas kecederaan
    17 hari selepas kecederaan
  • 18 hari selepas kecederaan
    18 hari selepas kecederaan
  • 22 hari selepas kecederaan
    22 hari selepas kecederaan
  • 30 hari selepas kecederaan
    30 hari selepas kecederaan

Rujukan

  1. ^ a b c Kidd, P. S., Sturt, P. A., & Fultz, J. (2000). Mosby's emergency nursing reference (edisi ke-2). St. Louis: Mosby, Inc.
  2. ^ Abrasions: Merck Manual Online
  • l
  • b
  • s
Kecederaan dan luka umum
Lelasan
  • Lelasan
    • Avulsi
Lepuh
  • Lepuh darah
  • Lepuh koma
  • Lepuh tertangguh
  • Lepuh edema
  • Lepuh fraktur
  • Lepuh geseran
  • Lepuh hisapan
Lebam
  • Hematoma/Ekimosis
    • Tanda Battle
    • Ekimosis periorbit
    • Mata lebam
    • Jari kaki pemain tenis
    • Tanda Cullen
    • Tanda Grey Turner
    • Pendarahan retroperitoneum
Gigitan haiwan
  • Gigitan serangga
  • Gigitan labah-labah
  • Gigitan ular
Benda asing
  • Serpihan
  • Benda asing di salur penghadaman
Lain-lain
Mengikut bahagian