Muhammad Al-Hasan Al-Dedew

Muhammad al-Hassān al-Diddū
محمد الحسن بن الددو الشنقيطي
Kelahiran (1963-10-31) 31 Oktober 1963 (umur 60)
Boutilimit
WarganegaraMauritania
Pusat pendidikanUniversiti Islam Imam Muhammad bin Saud
Laman web rasmidedewnet.com

Syeikh Muhammād Al-Hasān bin Al-Diddū Al-Shanqītī (Arab: محمد الحسن بن الددو الشنقيطيcode: ar is deprecated atau juga dieja Syeikh Muhammad Al-Hasan Al-Dido atau al-Dedew) lahir 31 Oktober 1963 di Boutilimit, Mauritania,[1] ialah seorang ulama Islam, pengarang, penulis dan ahli fiqah. Beliau ialah Presiden Pusat Penerangan Ulama dan Presiden Universiti Abdallah bin Yasin[2][3][4] di Mauritania. Beliau juga ketua Pusat Pembangunan Ulama di negara barat laut Afrika tersebut.[5] Pada 2014, beliau dilantik sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa,[6] dan kini masih menggangotainya sebagai ahli lembaga pemegang amanah..[7][8] Beliau merupakan siswazah Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud.

Kehidupan awal dan pengajian

Beliau dibesarkan dalam keluarga ulama Islam. Datuknya "Muhammad Ali bin Abdulwadud" merupakan seorang ulama Islam. Syeikh Muhammad belajar 48 bidang ilmu daripadanya dalam bidang kebudayaan Islam dan Arab seperti seni pidato, sajak, bahasa Arab dan Islam.[9] Beliau tinggal rapat dengan datuknya sehingga datuknya meninggal dunia pada 1982.[10] Beliau mula belajar dan menghafal al-Quran semasa beliau berusia 5 tahun bersama keluarganya dan khatam hafal di usia 7 tahun. Beliau belajar Qiraat Sepuluh daripada ibunya, kemudian beliau belajar hadis.[11]

Beliau belajar lebih lanjut tentang Islam daripada bapa saudaranya dari keluar ibunya, dan belajar daripada bapa saudara ibunya "Mohammed Al-Amin bin Dado" yang juga merupakan ulama Islam.[12]

Belajar hadis

Beliau belajar, menghafal dan mentahqiq hadis daripada sebilangan ulama Islam dari negara yang berbeza, seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan yang empat (Sunan ibnu Majah, Sunan Abu Daud, Sunan al-Tirmizi, al-Sunan al-Sughra), Muwatta Imam Malik dan Al-Mustadrak ala al-Sahihain, juga Musnad Ahmad ibn Hanbal, Sunan al-Darimi, al-Sunan al-Kubra dan Sunan al-Daraqutni.[13][14]

Bibliografi

Beliau menulis banyak buku dalam bahasa Arab, seperti:[15]

  • Surat-surat hakim dalam fiqah Islam. (مخاطبات القضاة فى الفقه الإسلامي).[16][17]
  • Asas-asa persaudaraan Islam. (مقومات الأخوة الإسلامية).[18]
  • Babak Haji dan kesannya dalam meningkatkan iman. (مشاهد الحج وأثرها في زيادة الإيمان).[19]
  • Kasih sayang Nabi Sallallahualaihiwassalam. (محبة النبي صلى الله عليه وسلم).
  • Fiqah perbezaan pandangan (فقه الخلاف).[20]
  • Penerangan (syarah) Kertas-kertas Imam al-Haramain dalam Usul. ( شرح ورقات إمام الحرمين في الأصول).[21]
  • Hari Akhirat: penyaksian dan pengadilan. (اليوم الآخر مشاهد وحكم ).
  • Bukti-bukti Syariah: Jenis-jenis, bentuk-bentuk dan tanda-tandanya. (الأدلة الشرعية؛ أنواعها وسماتها وعوارضها).
  • Tahap penting dalam Usul, ( مراتب الدلالة في الأصول).
  • Hukum-hukum keselamatan dalam Fiqah. (أحكام السلم في الفقه).

Lihat juga

  • Portal Islam
  • flagPortal Mauritania


Rujukan

  1. ^ About Mohammad Al-Hasan bin Al-Dido, Islamweb. (ar)
  2. ^ Mohammad Al-Hasan bin Al-Dido Bio and Interview, aljazeera, 2014.
  3. ^ Protests as government shuts down Islamic HE institutions, University World News.
  4. ^ Exporting revolution … Qatar’s scheme to back Mauritania’s “Brothers”, The Reference Paris.
  5. ^ Mauritanian Islamic scholar al-Hajj dies at age 105, 2018, Anadolu Agency.
  6. ^ Tensions between Mauritanian authorities and Islamists likely to rise
  7. ^ A Brief Biography on Muhammad al-Hassan Walid al-Dido al-Shanqītī
  8. ^ About Mohammad Al-Hasan Al-Dido (ar)
  9. ^ Sheikh Al-Didu, speaking about his life: my mother taught me poetry and my father the Qur’an, and my grandmother taught me 48 scholars and our center for the formation of encyclopedic scholars, Al Jazeera , 14 July 2020.
  10. ^ Samah Academy – about Mohammad AlHasan AlDido
  11. ^ El Dido ... a Mauritanian thinker, Alestiklal newspaper, 2020/03/30.
  12. ^ Mohammad AlHasan AlDido- Taganet News Agency
  13. ^ Mohammad AlHasan AlDido- Taganet News Agency
  14. ^ Samah Academy – about Mohammad AlHasan AlDido
  15. ^ About Mohammad Al-Hasan Al-Dido (ar)
  16. ^ Addresses to the judges in the Islamic Fiqh
  17. ^ Online books PDF- Al-Dido
  18. ^ The fundamentals of Islamic brotherhood – goodreads (ar)
  19. ^ Hajj scenes and their impact on increasing faith
  20. ^ Fiqh Alkhelaf
  21. ^ Explanation of the papers of Imam Al-Haramain in the Ossol

Pautan luar

  • Muhammad Al-Hasan Al-Dedew di Facebook
  • Muhammad Al-Hasan Al-Dedew di Twitter
  • Official Youtube page
  • His books at Noor-book
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
  • VIAF
    • 1
  • WorldCat (melalui VIAF)
Perpustakaan negara
  • Amerika Syarikat