Nicaragua di Sukan Olimpik Musim Panas 2020
Nicaragua di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 | |
---|---|
Kod IOC | NCA |
NOC | Majlis Olimpik Nicaragua |
di Tokyo, Jepun | |
Peserta | 8 dalam 6 sukan |
Pembawa bendera | Sema Ludrick Edwin Barberena |
Pingat |
|
Penampilan Sukan Olimpik Musim Panas | |
|
Nicaragua telah menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Jepun. Kejohanan ini pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos 2020, tetapi ditangguhkan ke 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 akibat pandemik COVID-19.[1] Nicaragua juga telah menyertai semua edisi Sukan Olimpik Musim Panas sejak 1968, kecuali pada 1988 kerana sokongan Nicaragua kepada boikot yang dipimpin Korea Utara.
Peserta
Seramai lapan orang atlet mewakili mewakili Nicaragua dalam enam sukan;[2]
Sukan | Lelaki | Wanita | Jumlah |
---|---|---|---|
Olahraga | 1 | 0 | 1 |
Judo | 0 | 1 | 1 |
Lumba dayung | 1 | 1 | 2 |
Menembak | 1 | 0 | 1 |
Renang | 1 | 1 | 2 |
Angkat berat | 0 | 1 | 1 |
Jumlah | 4 | 4 | 8 |