Payung

Payung

Payung (Jawi: ڤايوڠcode: ms is deprecated turunan proto-Austronesia *payuŋ[1]) adalah alatan tangan yang digunakan untuk menghalang hujan daripada jatuh pada seseorang. Payung juga digunakan untuk membuat teduhan dan melindungi seseorang daripada terik cahaya matahari.

Payung emas dan perak alat istiadat pertabalan Sultan Hassanal Bolkiah

Payung dijadikan suatu alat istiadat utama dalam banyak kerajaan seluruh dunia termasuk alam Melayu (bayangan peranan raja sebagai "pemberi teduh" laksana alat tersebut, menurut Walter William Skeat).[2] Sejarah Melayu misalnya mencatatkan butiran istiadat Kesultanan Melaka yang mengkhususkan sekaki payung berwarna putih untuk kegunaan sultan dan payung berwarna kuning untuk kerabat baginda;[3]:26 pemakaian payung sebagai alat kebesaran masih diteruskan pembesar di negeri-negeri tertentu seperti Pahang, Selangor dan Jelebu.[3]:34–35

Galeri

  • Putera Amaluddin Sani dipayungi berangkat meninggalkan Masjid Raya Al-Mashun menuju istana baginda untuk ditabalkan sebagai Sultan Deli, 9 Feb 1925
    Putera Amaluddin Sani dipayungi berangkat meninggalkan Masjid Raya Al-Mashun menuju istana baginda untuk ditabalkan sebagai Sultan Deli, 9 Feb 1925
  • Antara rekaan payung untuk kegunaan dalam keraton Kesultanan Jogjakarta
    Antara rekaan payung untuk kegunaan dalam keraton Kesultanan Jogjakarta
  • Payung bertingkat atas perabuan layon diraja Bhumibol Aduyadej
    Payung bertingkat atas perabuan layon diraja Bhumibol Aduyadej
  • Payung bertingkat atas patung emas Gautama Buddha di Wat Intharawihan, Bangkok
    Payung bertingkat atas patung emas Gautama Buddha di Wat Intharawihan, Bangkok

Rujukan

  1. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*payuŋ: umbrella, parasol". Austronesian Comparative Dictionary. Dicapai pada Dis 25, 2023.
  2. ^ Cranstone, B. A. L. (Julai 1957). "A Malay 'Umbrella'". The British Museum Quarterly. 21 (2): 57–58. doi:10.2307/4422575.
  3. ^ a b Skeat, Walter William (1900). "Chapter 2: Man and His Place in the Universe". Malay Magic. London: Macmillan and Co., Limited. m/s. 16–55.
  • l
  • b
  • s
Ikon tunas

Rencana berkaitan fesyen ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s
Ikon tunas

Rencana berkenaan budaya ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s