Pecah panggung

Peminat[pautan mati kekal] berpusu-pusu semasa pembukaan filem The Avengers (2012) di luar panggung wayang El Capitan, Hollywood.

Sesuatu karya hiburan seperti filem cetera yang "pecah panggung" (bahasa Inggeris: blockbustercode: en is deprecated ) menjadi sangat masyhur sambil mengutip keuntungan tinggi melebihi perbelanjaan menerbit serta memasarkan filem ini; keadaan ini adakala boleh menjadi filem "pecah panggung" ini sumber pendapatan utama studio filem yang menghasilkan ia berbanding filem atau karya lain pada waktu sama.

Sejarah

Fenomena ini mula digambarkan dalam media Amerika Syarikat pada awal 1940-an[1] dengan istilah blockbuster, perkataan tersebut pada awalnya merujuk kepada suatu bom direka khas pada Perang Dunia Kedua berkemampuan memusnahkan (bust) suatu kawasan jalanan atau bangunan (block).[2] Kemusnahan yang diketahui dalam kempen-kempen perang Pihak Berikat menjadikan bom ini disinonimkan dengan perkara yang mengejutkan.[3] Istilah ini pertama kali digunakan dalam iklan-iklan majalah hiburan untuk filem perang RKO berjudul Bombardier yang tayang Mei 1943, filem Mission to Moscow. turut digambarkan sebegini pada waktu sama oleh majalah Time.[3]

Rujukan

  1. ^ "Google Ngram Viewer". books.google.com. Dicapai pada 2018-01-09.
  2. ^ "blockbuster | Definition of blockbuster in English by Oxford Dictionaries". Oxford Dictionaries | English. Dicapai pada 2018-01-09.
  3. ^ a b Waxman, Olivia B. (7 Februari 2020). "Why Hit Movies Are Called Blockbusters". Time. Dicapai pada 19 Oktober 2020.