Pendudukan Jerman ke atas Czechoslovakia

Pemecahan Czechoslovakia pada tahun 1938–1939

Pendudukan Jerman keatas Czechoslovakia (1938–1945) bermula dengan pengilhakan Nazi keatas wilayah sempadan utara dan barat Czechoslovakia, dikenali sebagai Sudetenland, dibawah syarat-syarat yang dirangka oleh Perjanjian Munich. Alasan pemimpin Jerman Adolf Hitler untuk usaha ini adalah penderitaan yang didakwa dialami oleh penduduk etnik Jerman yang tinggal di kawasan itu. Kubu sempadan Czechoslovak yang baru dan luas juga terletak di kawasan yang sama.

Selepas Anschluss antara Jerman Nazi dan Austria, pada bulan Mac 1938, penaklukan Czechoslovakia menjadi cita-cita terbaru Hitler. Penggabungan Sudetenland ke dalam Nazi Jerman menyebabkan seluruh Czechoslovakia menjadi lemah dan ia menjadi tidak berdaya untuk menentang pendudukan seterusnya. Pada 16 Mac 1939, Wehrmacht Jerman bergerak masuk ke dalam saki baki Czechoslovakia dan, dari Istana Prague, Hitler mengisytiharkan Bohemia dan Moravia sebagai Negeri Naungan Bohemia dan Moravia. Pendudukan itu berakhir dengan penyerahan kalah Jerman selepas Perang Dunia II.[1]

Lihat juga

  • Perjanjian Munich
  • Medal Sudetenland

Rujukan

  1. ^ Spencer Tucker, Priscilla Mary Roberts (2005). World War II: A Political, Social, and Military History. ABC-CLIO. ISBN 1-57607-999-6.

Pautan luar

  • Hitler’s directive for “Operation Green”
  • l
  • b
  • s
Negara yang diduduki oleh Jerman semasa Perang Dunia II
  • Albania
  • Austria (Anschluss)
  • Belarus
  • Belgium
  • Channel Islands
  • Czechoslovakia
  • Denmark
  • Estonia
  • Perancis
  • Greece
  • Hungary
  • Itali
  • Latvia
  • Lithuania
  • Luxembourg
  • Monaco
  • Netherlands
  • Norway
  • Poland
  • San Marino
  • Ukraine
  • Yugoslavia
Lambang negara Jerman
Lihat juga: Wilayah yang ditakluki Jerman Nazi • Reichskommissariat • Pentadbiran tentera •