Penyamun Tarbus

Penyamun Tarbus
PengarahAziz Sattar
PenulisAziz Sattar
Lakon layarAziz Sattar
Dihasilkan olehDeddy M. Borhan
Dibintangi
  • Ibrahim Pendek
  • Aziz Sattar
  • A. R. Badul
  • Mahmud Jun
  • S. Shamsuddin
Syarikat
penerbitan
Sabah Film Productions
Tarikh tayangan
1980
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Penyamun Tarbus merupakan sebuah filem komedi Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1980. Filem Penyamun Tarbus diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Filem Penyamun Tarbus mula ditayangkan pada 1980 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Ibrahim Pendek, Aziz Sattar, A. R. Badul, Mahmud Jun, S. Shamsuddin dan ramai lagi.

Sinopsis

Tuan Said adalah seorang kaya yang cuba mengelak dari membayar cukai dan menyimpan segala rekod didalam peti besi. Rekod dan tarbusnya dicuri oleh tiga penyamun Aziz Rabun, Ibrahim Pendek dan Sudin Pekak, kerana membalas dendam ke atas Tuan Said yang menolak permohonan kerja mereka dengan memberi alasan mereka sudah berumur. Tuan Said tidak berani membuat laporan polis kerana takut rahsianya akan terbuka. Oleh kerana itu, Tuan Said mengupah beberapa orang penyiasat persendirian iaitu Badul, Raja Ismail, Aznah dan Jastina untuk menjejaki penyamun-penyamun itu.

Pelakon

  • Ibrahim Pendek sebagai Ibrahim Pendek
  • Aziz Sattar sebagai Aziz Rabun
  • S. Shamsuddin sebagai Sudin Pekak
  • A. R. Badul sebagai Badul
  • Mahmud Jun sebagai Tuan Said
  • Jastina
  • Raja Ismail
  • Ahmad B
  • Aznah Hamid
  • Yahya Sulong sebagai Penjual Buah
  • Param sebagai Pencuci Kereta
  • Julie Dahlan
  • Tawil

Lagu

  • 1- Penyamun Tarbus - Deddy M Borhan

Anugerah dan pencalonan

  • Festival Filem Malaysia ke 2 (1981) - Komedi Terbaik

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar