Perentasan masa

Perentasan masa, pengembaraan masa atau perjalanan masa (bahasa Inggeris: time travelcode: en is deprecated , juga dalam baku Indonesia: perjalanan waktu) merupakan konsep pergerakan antara titik tertentu dalam suatu susur masa yang dirasakan seakan-akan mirip pergerakan antara titik berbeza dalam sesebuah ruang dengan objek atau seseorang, biasanya menggunakan peranti bayangan dikenali sebagai mesin masa. Ia adalah konsep yang banyak diketahui malah dimaklumkan dalam kedua-dua bidang falsafah dan cereka; idea ini mula dimasyhurkan dalam bidang kedua tersebut melalui pengkaryaan novel berjudul The Time Machine (1895) oleh H. G. Wells yang mengisahkan seorang saintis yang berjaya merentasi ruang masa melalui suatu mesin ciptaannya yang berfungsi.

Kemungkinan sama ada perjalanan dari suatu titik masa merentas ke suatu titik masa terdahulu secara fizikal tidak dapat dipastikan atau disahkan dengan yakin. Perjalanan ke titik masa kehadapan yang berada di luar rasa persepsi masa biasa adalah fenomena yang diperhatikan secara meluas dan difahami dengan baik dalam rangka kerelatifan jenis-jenis khas dan umum. Walau bagaimanapun, memajukan atau melambatkan satu jasad-jasad terlebih dahulu daripada beberapa milisaat berbanding dengan jasad yang lain tidak dapat dilaksanakan dengan teknologi semasa[1] Bagi perjalanan ke titik masa belakang pula, ada mungkin penyelesaian dalam relativiti umum yang membolehkannya dapat dicari, tetapi penyelesaian memerlukan syarat-syarat yang mungkin tidak mungkin secara fizikal. Kemampuan melangkah ke sebarang titik dalam ruang masa sewenang-wenangnya sukar disokong dan sangat terhad dalam fizik teori malah biasanya hanya berkaitan dengan mekanik kuantum atau lubang cacing, yang juga dikenali sebagai jambatan Einstein-Rosen.

Aspek fizik

Teori terkenal usulan Albert Einstein iaitu kerelatifan khas (tambahan lagi dengan teori kerelatifan am) secara eksplisit memperbolehkan sejenis dilasi waktu yang secara biasa disebut perjalanan waktu. Teori ini mengungkapkan bahawa bagi seorang pengamat yang diam secara relatif, waktu kelihatannya berjalan lebih lambat bagi sebuah objek yang bergerak dengan lebih cepat.

Aspek falsafah

Banyak ilmuwan percaya bahawa perjalanan merentasi masa itu kemungkinan besar tidak mungkin dapat dilaksanakan. Kepercayaan ini terutamanya berdasarkan pisau cukur Occam. Setiap teori yang memperbolehkan perjalanan waktu menuntut bahawa semua isu kausalitas harus dipecahkan. Apakah yang terjadi jika seseorang kembali ke masa lampau dan membunuh datuknya?- lihat paradoks datuk. Dan juga, ketiadaan bukti eksperimental tentang adanya perjalanan waktu, maka secara teori lebih mudah teranggap bahawa hal ini tidak terjadi.

Hal ini turut dikuatkan hujahan Stephen Hawking yang pernah berkata bahawa ketiadaan sesiapa yang dapat dibuktikan datang daripada masa depan yang menjenguk kita merupakan sebuah hujahan yang kuat dalam menentang adanya fenomena ini; hujahan Hawking ini merupakan sebuah variasi dari paradoks Fermi yang menyanggah adanya makhluk luar angkasa. Namun di sisi lain, ada juga tanggapan sifat mustahil perjalanan masa yang menarik perhatian para ahli fizik kerana tertimbulnya pertanyaan sebab kemustahilan ini serta hukum fizik berkaitan yang tidak membolehkannya.

Lihat juga

  • Kapsul masa
Sains
  • Tiub Krasnikov
  • Retrocausality
  • Ketunggakan cecincin
  • Paradoks mata
  • Teori penyerap Wheeler–Feynman

Persepsi waktu

  • Krionik
  • Suspended animation
  • Persepsi masa

Rujukan

  1. ^ Hawking, Stephen (27 April 2010). "STEPHEN HAWKING: How to build a time machine". Daily Mail. Dicapai pada 7 Ogos 2015. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)

Sumber ilmiah

  • Paul Davies, About Time ISBN 0-684-81822-1
    How to Build a Time Machine ISBN 0-14-200186-4
  • J. Richard Gott, Time Travel in Einstein's Universe: The Physical Possibilities of Travel Through Time ISBN 0-618-25735-7
  • Gribbin, In Search of Schrodinger's Cat
  • Paul J. Nahin, Time Machines: Time Travel in Physics, Metaphysics, and Science Fiction ISBN 0-387-98571-9
  • Pagels, Perfect Symmetry, the Search for the Beginning of Time
  • Clifford A. Pickover, Time: A Traveler's Guide ISBN 0-19-513096-0
  • Kornel Lanczos, On a Stationary Cosmology in the Sense of Einsteins Theory of Gravitation[pautan mati kekal], 1924, republished in 1997 by Springer Science+Business Media B.V.
  • W.J. van Stockum, The Gravitational Field of a Distribution of Particles Rotating about an Axis of Symmetry Diarkibkan 2008-08-19 di Wayback Machine, 1936, Proceedings of the Royal Society of Edinburgh.
  • Frank J. Tipler, Rotating Cylinders and the Possibility of Global Causality Violation, Physical Review D 9 (1974), 2203

Sumber falsafiah

  • Richard M Gale, The Philosophy of Time
  • Fred Alan Wolf, The Yoga of Time Travel (2004) ISBN 0-8356-0828-X

Pautan luar

  • Time Travel's message forum Diarkibkan 2007-04-26 di Wayback Machine
  • Time, Time Travel & Traversable Wormholes and other time travel related science & technology topics
  • SF Chronophysics Diarkibkan 2020-11-11 di Wayback Machine, a discussion of Time Travel as it relates to science fiction
  • Entry on Time Travel - Stanford Encyclopedia of Philosophy
  • On the Net: Time Travel Diarkibkan 2005-03-08 di Wayback Machine by James Patrick Kelly in Asimov's Science Fiction
  • Howstuffworks' article on "How Time Travel Will Work"
  • Time Travel in Flatland? Diarkibkan 2005-03-19 di Wayback Machine
  • NOVA Online: Time Travel
  • London Travel Guide
  • Time Traveler Convention, at MIT - "Technically, you would only need one..."
  • Stanford Encyclopedia of Philosophy:
    • Time Machines
    • Time Travel and Modern Physics