Pontianak Gua Musang

Pontianak Gua Musang
PengarahB.N. Rao
Dihasilkan oleh
  • Ho Ah Loke
  • Loke Wan Tho
Dibintangi
  • Suraya Harun
  • Mat Sentol
  • Wahid Satay
SinematografiHitam-putih
Diedarkan olehCathay-Keris Film Productions
Tarikh tayangan
1964
NegaraSingapura
BahasaMelayu

Pontianak Gua Musang merupakan sebuah filem Melayu genre seram yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1964. Filem Pontianak Gua Musang diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Pontianak Gua Musang diarah oleh pengarah B.N. Rao pada 1964.

Ringkasan

Rohani dan Halimah adalah saudara sepupu yang mencintai dengan lelaki yang sama, Amran, yang akhirnya memilih untuk bersama Rohani.

Kerana sifat cemburu, Halimah merancang untuk membunuh Rohani yang sarat mengandung dan akhirnya mati setelah melahirkan seorang bayi perempuan.

Bayi itu, Chomel, membesar dengan memiliki raut wajah yang mirip dengan ibunya. Ini menyebabkan Halimah mempercayai bahawa Chomel adalah jelmaan dari Rohani yang ingin membalas dendam.

Berdasarkan cerita dongeng dari Asia Tenggara, Pontianak adalah jelmaan hantu dari perempuan yang mati beranak. Hantu ini boleh menyerupai perempuan cantik yang memikat mangsanya sebelum bertukar menjadi mahluk seram dan membunuh mereka.

Pelakon

  • Suraya Harun sebagai Rohani / Chomel
  • Malek Selamat sebagai Amran
  • Ghazali Sumantri sebagai Nordin
  • Umi Kalthum sebagai Halimah
  • Wahid Satay sebagai Ali
  • Alias Congo sebagai Tolol
  • Mat Sentol sebagai Mydin
  • Siput Sarawak sebagai Rafeah
  • Siti Tanjung Perak sebagai Ani
  • Yem Ja’afar sebagai Tok Penghulu
  • Dollah Sarawak sebagai Orang Tua
  • Chinta Yem sebagai Nenek Tua

Lagu

Pautan luar

  • Pontianak Gua Musang[pautan mati kekal] di Sinema Malaysia
  • Pontianak Gua Musang Diarkibkan 2016-05-18 di Wayback Machine di Filem Kita