Razis Ismail

Razis Ismail
Kulit Album Hadirmu Membawa Sinaran (1982)
Latar belakang
Nama lahirGhazali bin Ismail
Kelahiran (1960-07-01) 1 Julai 1960 (umur 64)
Malaysia Pulau Pinang, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi, Pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif1980-an
Syarikat rakaman
WEA Records Sdn. Bhd.

Ghazali Ismail (lahir 1 Julai 1960) atau lebih dikenali sebagai Razis Ismail adalah seorang penyanyi yang terkenal di Malaysia pada sekitar era 80an. Lagu-lagu beliau sering kerap kali diputarkan di corong-corong radio Malaysia sekitar era 80an iaitu Hadirmu membawa sinaran, Wahai kekasih. Berasal dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang. Suara beliau yang lunak dan wajah beliau yang kacak sering menjadi pujaan gadis-gadis ketika zaman kegemilangan beliau. Selain menyanyi, beliau juga menceburi dalam bidang lakonan iaitu filem Mawar Merah dan beliau hanyalah sebagai seorang pelakon pembantu.

Diskografi

Album Studio

  • Hadirmu Membawa Sinaran (1982)
  • Lain Dulu Lain Sekarang (1983)
  • Mawar Bukan Milikku (1985)
  • Kepulangan (1986)
  • Terserah (1987)

Filemografi

Filem
Tahun Judul Peranan Nota
1987 Mawar Merah Razis

Rujukan

  • Senarai album Razis Ismail
  • Album Mawar Bukan Miliku - 1985
  • Album kompilasi Razis Ismail
  • Pop Yeh Yeh kembali, Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
  • Lakonan beliau dalam filem Mawar Merah