Rudi Völler

Rudi Völler
Maklumat peribadi
Nama penuh Rudolf Völler
Tarikh lahir (1960-04-13) 13 April 1960 (umur 64)
Tempat lahir Hanau, Jerman Barat
Ketinggian 1.80 m (5 ka 11 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Bayer Leverkusen (Pengarah sukan)
Kerjaya remaja
1966–1975 TSV 1860 Hanau
1975–1977 Kickers Offenbach
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1977–1980 Kickers Offenbach 73 (19)
1980–1982 1860 Munich 70 (46)
1982–1987 Werder Bremen 137 (97)
1987–1992 Roma 142 (45)
1992–1994 Marseille 58 (24)
1994–1996 Bayer Leverkusen 62 (26)
Jumlah 542 (257)
Pasukan kebangsaan
1979–1982 Jerman Barat B21 19 (10)
1980 Jerman Barat B 3 (0)
1982–1994 Jerman 90 (47)
Pasukan diurus
2000 Bayer Leverkusen
2000–2004 Jerman
2004 Roma
2005 Bayer Leverkusen
2005– Bayer Leverkusen (pengarah sukan)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Rudolf "Rudi" Völler (disebut [ˈfœlɐ]; lahir 13 April 1960), merupakan seorang bekas pemain dan pengurus bola sepak Jerman. Beliau telah meraih trofi Piala Dunia sebagai pemain pada edisi 1990.

Bersama Mário Zagallo dan Franz Beckenbauer, Völler melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia di kala menjadi pemain (1986 dan 1990) dan sebagai pengurus (2002).

Kerjaya kelab

Völler memulakan kerjayanya bersama kelab 1860 Hanau sebelum beliau menyertai kelab Bundesliga, Werder Bremen pada tahun 1982. Pada tahun yang sama, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan kebangsaan Jerman Barat. Selepas menempuhi musim yang cemerlang apabila beliau dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Bundesliga, kelab-kelab luar mula melahirkan minat terhadap penyerang tersebut. Beliau berpindah ke Roma pada tahun 1987 dan menjadi tulang belakang utama pasukan sehinggakan memperoleh nama samaran, "er tedesco" ("the German") dan juga "il tedesco volante" ("the flying German").[1] Sepanjang tempohnya di Roma, beliau hanya merangkul trofi Coppa Italia pada tahun 1991 dan menjadi penjaring terbanyak kelab buat beberapa musim.

Pada tahun 1992, Roma membuat keputusan untuk menjual Völler ke Marseille apabila kelab Perancis itu mahu menempatkan pengganti tonggak utama mereka, Jean-Pierre Papin. Pada musim pertamanya di Marseille, Völler dapat menjulang trofi Liga Juara-Juara pertama dalam kariernya apabila pasukan Perancis itu menewaskan Milan pada perlawanan akhir pada tahun 1993. Seterusnya, dalam saingan domestik, Marseille didapati bersalah kerana terlibat dalam rasuah lalu ditarik balik gelaran juara liga 1993 dan terpaksa disingkirkan serta merta biarpun menamatkan musim di tempat kedua pada tahun 1994. Völler yang menjaringkan 24 gol untuk Marseille terpaksa berangkat selepas penyingkiran tidak diduga. Beliau seterusnya mengambil langkah kembali ke Jerman untuk sertai Bayer Leverkusen pada tahun 1994 sebelum menamatkan kariernya sebagai pemain pada tahun 1996.

Kerjaya antarabangsa

Völler telah beraksi dalam 90 perlawanan antarabangsa untuk pasukan kebangsaan Jerman dan menjaringkan 47 gol. Lapan daripadanya pada aksi Piala Dunia.

Völler beraksi dalam tiga edisi Kejohanan Eropah bermula Euro 1984 apabila beliau menyumbat dua gol pada perlawanan peringkat kumpulan menentang Romania yang berkesudahan Jerman menang 2-1. Pada perlawanan seterusnya menentang Sepanyol, beliau beraksi 90 minit perlawanan namun kemenangan tidak berpihak kepada pasukan beliau selepas tewas 1-0 biarpun mengharapkan keputusan seri untuk layak ke pusingan seterusnya.

Pada saingan Piala Dunia FIFA 1986, Völler menjaringkan gol untuk pasukan Jerman Barat bagi menyamakan kedudukan 1-1 sebelum pasukannya akhirnya menang 2-1 ke atas Scotland dalam aksi peringkat kumpulan. Di samping itu, pada perlawanan separuh akhir bertemu Perancis, beliau menambah satu gol bagi memastikan pasukan Jerman Barat menempah tempat ke perlawanan akhir Piala Dunia selepas menang 2-0. Pada perlawanan akhir, beliau berjaya menyamakan kedudukan 2-2 menentang Argentina. Pada mulanya, Jerman ketinggalan 2-0 tetapi akhirnya tewas 3-2. Völler menjadi pemain ketiga yang menjaringkan gol pada perlawanan akhir Piala Dunia sebagai pemain gantian selepas Dick Nanninga pada 1978 dan Alessandro Altobelli pada tahun 1982.

Jerman Barat dipilih sebagai tuan rumah bagi acara Euro 1988 dan Völler menjaringkan dua gol ketika menentang Sepanyol. Namun, pasukan tuan rumah terpaksa berduka selepas kecundang 2-0 di tangan Belanda pada separuh akhir.

Völler merupakan sebahagian daripada pasukan Jerman yang menjuarai Piala Dunia 1990 di Itali. Beliau menjaringkan tiga gol sepanjang kejohanan termasuk satu gol ketika menang 4-1 ke atas Yugoslavia dan ketika menyumbat dua gol sewaktu membelasah Emiriah Arab Bersatu 5-1. Pada pusingan kedua menentang Belanda, Völler dan pemain Belanda, Frank Rijkaard kedua-duanya dibuang padang selepas pemain Belanda itu meludah ke arah Völler sebanyak dua kali. Völler kembali beraksi untuk Jerman pada aksi separuh akhir dan perlawanan akhir, di mana Jerman menang 1-0 menentang Argentina.

Insiden buruk yang melanda pusingan kedua Piala Dunia antara Jerman dan Belanda bermula apabila Rijkaard dipersalahkan selepas melakukan terjahan buruk ke atas Völler. Ketika Rijkaard mengambil posisi untuk sepakan percuma Jerman, beliau meludah ke arah rambut si Völler. Völler seterusnya merungut kepada pengadil terjahan tersebut salah. Keputusannya, pasukan Jerman memperoleh sepakan percuma. Apabila sepakan diambil, Völler dengan pantas menumbuk bola itu dengan menggunakan tangannya (walaupun jika dilihat beliau menggunakan kepalanya) sebelum beliau jatuh untuk mengelak daripada berlanggar dengan penjaga gol Belanda Hans van Breukelen meskipun Völler berbuat begini untuk mendapatkan tendangan penalti. Van Breukelen berang tetapi Rijkaard pula yang dilihat lebih berang terhadap Völler dengan memulas telinga pemain Jerman itu. Seterusnya, Rijkaard dan Völler kedua-duanya dibuang padang tetapi Rijkaard sekali lagi meludah ke arah rambut si Völler sebelum mereka berdua meninggalkan padang. Rijkaard kemudian menyatakan insiden ini berlaku daripada kesalahan dirinya sendiri dan berkata: "Hari itu saya memang salah. Tidak ada langsung penghinaan antara kami. Saya sepenuhnya amat menghormati Rudi Völler. Tetapi saya mengamuk apabila saya dilayangkan kad merah. Saya berkata kepada dia (Voller) selepas perlawanan itu dan saya memohon maaf. Saya amat gembira beliau menerimanya. Saya tiada perasaan jahat terhadap dia (Voller) sekarang."

Völler dipilih ke dalam skuad Euro 1992 tetapi beliau terpaksa dihantar pulang selepas mengalami kecederaan pada perlawanan pembukaan menentang CIS.

Dalam saingan Piala Dunia 1994, Völler tidak dimasukkan ke dalam kesebelasan utama Jerman pada ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan selepas bahagian serangan diisi oleh Jürgen Klinsmann dan Karl-Heinz Riedle yang telah menjaringkan lima gol sesama mereka. Namun, Völler diturunkan pada pusingan kedua menentang Belgium dan beliau menjaringkan dua gol bagi membantu pasukannya menang 3-2 dan mara ke pusingan seterusnya.

Kerjaya pengurus

Völler pada tahun 2004.

Selepas Jerman mencatat keputusan mengecewakan pada kejohanan Euro 2000 di bawah pengurus Erich Ribbeck, Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) melantik Völler sebagai pengurus baru walaupun beliau tidak memperoleh lesen melatih pada masa itu. Pada mulanya, beliau ingin mengendali pasukan kebangsaan hanya setahun,[2] tetapi beliau melanjutkan kontraknya apabila calon penggantinya, Christoph Daum terlibat dalam skandal dadah. Walaupun tewas kepada England 5-1 di tempat sendiri, beliau membimbing Jerman melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia 2002.

Selepas Jerman tersingkir pada pusingan pertama Euro 2004, beliau secara rasminya meletak jawatan.

Selepas Völler meletak jawatan daripada ketua jurulatih pasukan kebangsaan Jerman, beliau kembali semula ke Roma pada 2004 sebagai pengurus. Beliau dilantik pada lewat bulan Ogos selepas perletakan jawatan mengejut oleh Cesare Prandelli, apabila Prandelli bertindak demikian kerana beberapa keputusan teruk dan tidak persefahaman dengan pemain-pemain terutamanya Antonio Cassano biarpun hanya sebulan Prandelli memegang jawatan itu. Völler menandatangani kontrak setahun bagi membenarkan Prandelli pulang setahun kemudian tetapi Voller meletak jawatan setelah menghadapi satu keputusan seri dan dua keputusan tewas dalam saingan liga.

Völler dinamakan menjadi pengurus sementara Bayer Leverkusen pada 16 September 2005 selepas kelab itu memecat jurulatih Klaus Augenthaler. Völler memegang jawatan itu sehingga Michael Skibbe diumumkan ketua jurulatih pada bulan Oktober. Selepas ketibaan Skibbe, Völler telah dipromosikan menjadi pengarah sukan kelab.

Völler kini masih popular di Jerman. Walaupun ketika beliau mengendali pasukan kebangsaan Jerman yang mencatatkan keputusan sederhana, Völler tidak pernah kehilangan popularitinya apabila pencapaian luar biasa yang dilakar olehnya iaitu mara ke final Piala Dunia meskipun membimbing pasukan Jerman yang terhad pada masa itu.

Statistik kerjaya

Antarabangsa

Pasukan kebangsaan Jerman
Tahun Kmncln Gol
1982 1 0
1983 10 7
1984 10 4
1985 8 4
1986 10 7
1987 6 3
1988 10 4
1989 5 3
1990 13 8
1991 6 2
1992 6 2
1993 0 0
1994 5 3
Jumlah 90 47

Gol antarabangsa

Gol antarabangsa oleh Rudi Völler Jerman
# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
30 Mac 1983 Tirana, Albania  Albania
0–1
1–2
Kelayakan Euro 1984
2
7 September 1983 Budapest, Hungary  Hungary
1–1
1–1
Persahabatan
3
5 Oktober 1983 Gelsenkirchen, Jerman  Austria
2–0
3–0
Kelayakan Euro 1984
4
3–0
5
26 Oktober 1983 Berlin, Jerman  Turki
1–0
5–1
6
3–0
7
15 Februari 1984 Varna, Bulgaria  Bulgaria
0–2
3–2
Persahabatan
8
29 Februari 1984 Brussels, Belgium  Belgium
0–1
0–1
9
28 Mac 1984 Hanover, Jerman  Kesatuan Soviet
1–1
2–1
10
17 Jun 1984 Lens, Perancis  Romania
1–0
2–1
UEFA Euro 1984
11
2–1
12
24 Februari 1985 Lisbon, Portugal  Portugal
0–2
1–2
Kelayakan Piala Dunia 1986
13
17 April 1985 Augsburg, Jerman  Bulgaria
1–0
4–1
Persahabatan
14
4–1
15
25 September 1985 Stockholm, Sweden  Sweden
0–1
2–2
Kelayakan Piala Dunia 1986
16
11 Mei 1986 Bochum, Jerman  Yugoslavia
1–1
1–1
Persahabatan
17
14 Mei 1986 Dortmund, Jerman  Belanda
1–0
3–1
18
2–0
19
8 Jun 1986 Santiago de Querétaro, Mexico  Scotland
1–1
1–2
Piala Dunia 1986
20
25 Jun 1986 Guadalajara, Mexico  Perancis
2–0
2–0
21
29 Jun 1986 Bandaraya Mexico, Mexico  Argentina
2–2
3–2
22
29 Oktober 1986 Vienna, Austria  Austria
1–1
4–1
Persahabatan
23
12 Ogos 1987 Berlin, Jerman  Perancis
1–0
2–1
24
2–0
25
23 September 1987 Hamburg, Jerman  Denmark
1–0
1–0
26
17 Jun 1988 Munich, Jerman  Sepanyol
1–0
2–0
UEFA Euro 1988
27
2–0
28
31 Ogos 1988 Helsinki, Finland  Finland
0–1
0–4
Kelayakan Piala Dunia 1990
29
0–2
30
22 Mac 1989 Sofia, Bulgaria  Bulgaria
1–1
1–2
Persahabatan
31
4 Oktober 1989 Dortmund, Jerman  Finland
4–0
6–1
Kelayakan Piala Dunia 1990
32
15 November 1989 Cologne, Jerman  Wales
1–1
2–1
33
25 April 1990 Stuttgart, Jerman  Uruguay
2–1
3–3
Persahabatan
34
30 Mei 1990 Gelsenkirchen, Jerman  Denmark
1–0
1–0
35
10 Jun 1990 Milan, Itali  Yugoslavia
4–1
4–1
Piala Dunia 1990
36
15 Jun 1990 Milan, Itali  Emiriah Arab Bersatu
1–0
5–1
37
5–1
38
10 Oktober 1990 Stockholm, Sweden  Sweden
0–2
1–3
Persahabatan
39
31 Oktober 1990 Bandar Luxembourg, Luxembourg  Luxembourg
0–3
2–3
Kelayakan Euro 1992
40
19 Disember 1990 Stuttgart, Jerman  Switzerland
1–0
4–0
Persahabatan
41
16 Oktober 1991 Nuremberg, Jerman  Wales
2–0
4–1
Kelayakan Euro 1992
42
20 November 1991 Brussels, Belgium  Belgium
0–1
0–1
43
30 Mei 1992 Gelsenkirchen, Jerman  Turki
1–0
1–0
Persahabatan
44
14 Oktober 1992 Dresden, Jerman  Mexico
1–0
1–1
45
8 Jun 1994 Toronto, Kanada  Kanada
0–2
0–2
46
2 Julai 1994 Chicago, Amerika Syarikat  Belgium
1–0
3–2
Piala Dunia 1994
47
3–1

Pengurus

Sehingga 22 Januari 2014
Pasukan Dari Hingga Rekod
BP M S K Menang %
Jerman 2 July 2000[3] 24 June 2004[4] &&&&&&&&&&&&&053.&&&&&053 &&&&&&&&&&&&&029.&&&&&029 &&&&&&&&&&&&&011.&&&&&011 &&&&&&&&&&&&&013.&&&&&013 &&&&&&&&&&&&&054.72000054.72
Bayer Leverkusen 21 Oktober 2000[5] 11 November 2000[6] &&&&&&&&&&&&&&07.&&&&&07 &&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 &&&&&&&&&&&&&&02.&&&&&02 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&&00 &&&&&&&&&&&&&071.43000071.43
Roma 31 Ogos 2004[7] 27 September 2004[8] &&&&&&&&&&&&&&06.&&&&&06 &&&&&&&&&&&&&&01.&&&&&01 &&&&&&&&&&&&&&01.&&&&&01 &&&&&&&&&&&&&&04.&&&&&04 &&&&&&&&&&&&&016.67000016.67
Bayer Leverkusen 16 September 2005[9] 9 Oktober 2005[10] &&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 &&&&&&&&&&&&&&02.&&&&&02 &&&&&&&&&&&&&&01.&&&&&01 &&&&&&&&&&&&&&02.&&&&&02 &&&&&&&&&&&&&040.&&&&&040.00
Jumlah &&&&&&&&&&&&&071.&&&&&071 &&&&&&&&&&&&&037.&&&&&037 &&&&&&&&&&&&&015.&&&&&015 &&&&&&&&&&&&&019.&&&&&019 &&&&&&&&&&&&&052.11000052.11

Pencapaian

Kelab

Roma
Marseille

Antarabangsa

Jerman

Individu

  • Pemain Terbaik Kejohanan Eropah bawah-21: 1982
  • Penjaring Terbanyak 2. Bundesliga: 1981–82
  • Penjaring Terbanyak Bundesliga: 1982–83
  • Pemain Bola Sepak Terbaik Jerman: 1983
  • Bintang Pasukan Kejohanan Eropah: 1984
  • Penjaring Terbanyak Piala UEFA: 1990–91
  • A.S. Roma Hall of Fame: 2014

Catatan

  1. ^ A.S. Roma supporters sing 'tedesco, vola!'
  2. ^ name="Rudi Völler ab sofort Interims-Coach"
  3. ^ name="Rudi Völler ab sofort Interims-Coach"
  4. ^ name="Rudi Völler nimmt seinen Hut"
  5. ^ name="Bayer 04 Leverkusen – Trainerhistorie"
  6. ^ name="Bayer 04 Leverkusen – Trainerhistorie"
  7. ^ name="Völler wird Teamchef der Roma"
  8. ^ name="Wie das gewertet wird, das ist mir herzlich egal"
  9. ^ name="Bayer 04 Leverkusen – Trainerhistorie"
  10. ^ name="Bayer 04 Leverkusen – Trainerhistorie"

Pautan luar

  • Rudi Völler at leverkusen.com
  • Legends – Rudi Völler Diarkibkan 2013-06-13 di Wayback Machine German Documentary
  • Rudi Völler di fussballdaten.de (dalam bahasa Jerman)
Skuad Jerman
  • l
  • b
  • s
Skuad Jerman BaratUEFA Euro 1984
  • Schumacher
  • Briegel
  • Strack
  • K. Förster
  • B. Förster
  • Rolff
  • Brehme
  • K. Allofs
  • Völler
  • 10 Meier
  • 11 Rummenigge Kapten
  • 12 Burdenski
  • 13 Matthäus
  • 14 Falkenmayer
  • 15 Stielike
  • 16 Bruns
  • 17 Littbarski
  • 18 Buchwald
  • 19 Bommer
  • 20 Roleder
  • Jurulatih: Derwall
Jerman Barat
  • l
  • b
  • s
Skuad Jerman BaratNaib Juara Piala Dunia FIFA 1986
Jerman Barat
  • l
  • b
  • s
Skuad Jerman BaratUEFA Euro 1988
Jerman Barat
  • l
  • b
  • s
Skuad Jerman BaratJuara Piala Dunia FIFA 1990 (Gelaran Ke-3)
Jerman Barat
  • l
  • b
  • s
Skuad JermanNaib Juara UEFA Euro 1992
Jerman
  • l
  • b
  • s
Skuad JermanPiala Dunia FIFA 1994
Jerman
  • l
  • b
  • s
Skuad JermanNaib juara Piala Dunia FIFA 2002
Jerman
  • l
  • b
  • s
Skuad JermanUEFA Euro 2004
Jerman
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Jerman
  • Amerika Syarikat
Kamus biografi
  • Jerman
Lain-lain