Salam Cinta

Salam Cinta
PengarahAzhari Zain
Dibintangi
  • Kamal Adli
  • Diana Amir
Syarikat
penerbitan
Metrowealth Pictures
Tarikh tayangan
  • 6 September 2012 (2012-09-06) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 0.26 juta

Salam Cinta merupakan sebuah filem drama romantik keagamaan Malaysia 2012 yang ditayangkan pada 6 September 2012 di Malaysia diarahkan oleh Azhari Zain. Dibintangi Kamal Adli dan Diana Amir sebagai watak utama.

Sinopsis

Salam Cinta mengisahkan Amirul, seorang pelakon yang menerima tawaran sebagai watak lelaki Islam. Dia ke sebuah kampung untuk melihat sendiri kehidupan seorang Imam agar dapat menjiwai watak lakonannya.

Di kampung itu, dia bertemu Laila dan mula mencintai wanita itu. Dia yang pada mulanya seorang kaki perempuan akhirnya berubah demi mendapatkan cinta Laila.

Salam Cinta berkisar sikap seorang wanita muslimah yang berhijab, menyempurnakan rukun Islam dan baru saja tamat pengajian di universiti Islam akan sempurna daripada segala sisinya, apatah lagi sebagai insan biasa sudah pasti banyak kekurangannya. Siapa kata wanita berhijab semuanya sempurna?

Pada mulanya wanita cantik itu lokek senyuman dengan orang lain, walaupun sangat manis dan beradab ketika bersama dengan keluarga dan orang yang dekat dengannya. Namun, di sisi lain dia langsung tidak memberikan seulas senyuman kepada orang lain terutama jejaka yang tiba-tiba datang di kampungnya untuk belajar agama kerana tuntutan kerjanya sebagai seorang pelakon.

Pelakon

  • Kamal Adli sebagai Amirul Syah
  • Diana Amir sebagai Laila El-Zahra
  • Mon Ryanti sebagai Nadia
  • Shuk Sahar sebagai Shuib
  • Sally sebagai Irma
  • Razak Ahmad sebagai Haji Rahman/Abang Man

Lihat juga

  • Filem Malaysia tahun 2012

Pautan luar

  • Salam Cinta di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)