Sistem pendaratan alatan

Stesen penyetempat untuk landasan terbang 27R di Lapangan Terbang Hannover di Jerman.

Sistem pendaratan alatan atau sistem pendaratan instrumen ([instrument landing system, ILS] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) ialah pemancar alur radio yang menyediakan arah untuk pesawat mendekat yang menala penerimanya kepada frekuensi ILS.

ILS merupakan sistem pendekatan alatan bumian yang menyediakan panduan sisian dan mencancang persis kepada pesawat yang mendekat dan mendarat di atas landasan terbang, menggunakan gabungan isyarat radio dan, dalam banyak kes, tatasusunan pencahayaan berkeamatan tinggi untuk membolehkan pendaratan selamat semasa keadaan meteorologi alatan (IMC), seperti tinggi maksimum rendah atau kebolehlihatan berkurang kerana kabut, hujan, atau salji bertiupan.

Carta tatacara pendekatan alatan (atau 'plat pendekatan') diterbitkan untuk setiap pendekatan ILS untuk menyediakan maklumat yang diperlukan untuk terbang dengan pendekatan ILS semasa pengendalian peraturan penerbangan alatan (IFR). Carta yang menyertakan frekuensi radio yang digunakan oleh komponen ILS atau bantuan pandu arah dan keperluan kebolehlihatan minimum tertentu.

Bantuan pandu arah radio mesti menyediakan kejituan tertentu (ditetapkan oleh piawaian antarabangsan CAST/ICAO); untuk memastikannya demikian, pertubuhan-pertubuhan pemeriksaan penerbangan secara berkala menyemak parameter genting dengan pesawat yang berkelengkapan dengan betul untuk menentukur dan memperakui kepersisan ILS.

Lihat juga

  • Akronim dan singkatan dalam avionik
  • AN/CRN-2
  • Autoland
  • CFIT
  • EGPWS
  • George Vernon Holloman, melakukan pendaratan automatik pertama
  • Julat semua arah VHF (VOR)
  • Kabut
  • Kelengkapan pengukuran jarak (DME)
  • Laju udara, laju rendah untuk pendaratan
  • Mata arah tidak berarah (NDB)
  • HUD
  • Pemodulatan ruang
  • Pengarah penerbangan, FD
  • Peraturan penerbangan alatan (IFR)
  • Peraturan penerbangan visual (VFR)
  • Prestasi penyetempat dengan panduan mencancang (LPV)
  • Sistem Imbuhan Kawasan Luas (WAAS)
  • Sistem Imbuhan Kawasan Setempat (LAAS)
  • Sistem Kedudukan Sejagat (GPS)
  • Sistem mata arah pendekatan buta (BABS)
  • Sistem pendaratan transponder (TLS)
  • Sistem pendekatan mikrogelombang (MLS)

Nota

Rujukan

  • ICAO Annex 10 Volume 1, Radio Navigation Aids, Fifth Edition — Julai 1996
  • Aeronautical Information Manual Diarkibkan 2008-09-05 di Wayback Machine, FAA – 11 Februari 2010
  • Digital Terminal Procedures Diarkibkan 2010-05-27 di Wayback Machine, FAA – Mei 2010

Pautan luar

  • History of Aircraft Landing Aids – U.S. Centennial of Flight Commission (Inggeris)
  • "Happy Landings In Fog", June 1933, Popular Mechanics article on the early system setup in the USA. (Inggeris)
  • ILS Basics Diarkibkan 2016-03-06 di Wayback Machine (Inggeris)
  • ILS Tutorial Animations (Inggeris)
  • Website dedicated to the description of ILS (Inggeris)
  • ILS Tutorial Animation Diarkibkan 2016-03-04 di Wayback Machine Illustrates and describes how are ILS navigation signals displayed on board of an aircraft in various positions, which may occur during a safe approach for landing. (Inggeris)