Sungai Ural

Sungai Ural
Lokasi
NegaraKazakhstan, Rusia
Ciri-ciri fizikal
SumberPergunungan Ural
MuaraLaut Caspian
Panjang2,428 km (1,509 mi)
Sungai Ural di antara Uralsk dan Atyrau, Kazakhstan, sebagaimana dilihat dari kapal terbang. Bahagian kiri (pada gambar) sungai terletak di Asia, manakala bahagian kanan terletak di Eropah.

Sungai Ural (Rusia: Уралcode: ru is deprecated , Kazakh: Жайық, Jayıq atau Zhayyq), dikenali sebagai Yaik (Rusia: Яикcode: ru is deprecated ) sebelum 1775, ialah sungai yang mengalir merentasi Rusia dan Kazakhstan. Panjangnya 1,511 batu (2,428 km) dari punca di selatan Banjaran gunung Ural hingga ke muaranya di Laut Caspian. Sungai Ural merupakan sebahagian sempadan tradisional di antara Eropah dan Asia.

Sungai Ural berpunca di sebelah timur Banjaran Gunung Ural dan mengalir ke selatan merentasi Magnitogorsk, lalu mengelilingi hujung selatan Ural dan merentasi Orsk. Di Orsk, ia menghala ke barat sejauh sekitar 300 km ke Orenburg lalu disertai oleh Sungai Sakmara. Dari Orenburg, Sungai Ural menghala ke arah barat merentasi Kazakhstan sebelum menghala sekali lagi ke selatan di Oral. Di sini, ia berliku-liku merentasi dataran yang rata lagi lebar sehingga Laut Caspian yang terletak beberapa batu di selatan Atyrau. Di Atyrau yang terletak pada 46°53′N 51°37′E / 46.883°N 51.617°E / 46.883; 51.617,[1] Sungai Ural membentuk delta kaki burung.

Cawang sungai

Cawang-cawang sungai, mengikut urutan ke hulu sungai adalah seperti yang berikut:

  • Sungai Cagan
  • Sungai Irtek
  • Sungai Utva
  • Sungai Ilek
    • Bol'saja Chobda
  • Sungai Kindel'a
  • Sungai Sakmara
    • Sungai Salmys
  • Sungai Or
  • Sungai Suunduk

Sejarah

Pada Zaman Pertengahan, kota Saray-Jük yang terletak di Sungai Ural bawah merupakan sebuah pusat perdagangan yang penting di Jalan Sutera dan kemudian menjadi satu pusat yang penting kepada Angkatan Kencana dan Angkatan Nogai.

Selepas penaklukannya oleh Rusia pada akhir abad ke-16, pantai Sungai Ural menjadi tempat kediaman kepada orang Kossack Ural. Salah satu kegiatan utama mereka ialah menangkap ikan sturgeon dan ikan-ikan berkait (termasuk sturgeon bintang (ikan sturgeon benar) serta ikan beluga) di Sungai Ural dan di Laut Caspian. Terdapat berbagai-bagai teknik menangkap ikan, dengan yang paling termasyhur merupakan teknik bagrenye (багренье), iaitu melembing ikan sturgeon yang tidur tapa di dalam sarang pada bulan Disember. Satu teknik menangkap ikan lagi adalah pembinaan sebuah tebat yang dikenali sebagai uchug (учуг) melintasi sungai untuk menangkap ikan yang berenang ke hulu sungai untuk bertelur. Sedangkan tebat uchug juga dikenali di Delta Volga, bagrenye dianggap sebagai suatu teknik Ural tersendiri.

Orang Kossack yang pada asalnya dikenali sebagai orang Kossack Yaik tidak suka akan percubaan pemerintahan pusat untuk mengenakan peraturan pada mereka dan kekadang memberontak. Selepas Pemberontakan Pugachev, pemberontakan terbesar yang diketuai oleh Yemelyan Pugachev, Maharani Catherine menamai mereka semula sebagai "Orang Kossack Ural" dan nama Sungai Yaik sebagai Sungai Ural.

Vasily Chapayev, komander Perang Saudara yang termasyhur, dipercayai mati lemas di Sungai Ural pada 5 September 1919.

Galeri

  • Sungai Ural di tengah Atyrau, Kazakhstan. Bahagian kanan (pada gambar) sungai terletak di Asia, manakala bahagian kiri terletak di Eropah.
    Sungai Ural di tengah Atyrau, Kazakhstan. Bahagian kanan (pada gambar) sungai terletak di Asia, manakala bahagian kiri terletak di Eropah.
  • Delta kaki burung Sungai Ural.
    Delta kaki burung Sungai Ural.

Rujukan

  1. ^ Ural River Delta, Kazakhstan (NASA Earth Observatory)


  • l
  • b
  • s
Topik-topik  Kazakhstan
Sejarah
Prasejarah
Puak Saka · Puak Hun
Sejarah awal
Orang Göktürk · Puak Karluk · Kekhanan Kara-Khanid · Empayar Mongol · Angkatan Kencana · Angkatan Nogai · Angkatan Putih
Sejak 1456
Kekhanan Kazakh · Jüz · Turkestan Rusia · Autonomi Alash · Kazakh ASSR · Kazakh SSR · Republik Kazakhstan
Setem pos dan sejarah pos
Jata Kazakhstan
Pemerintahan dan
Politik
Perlembagaan · Presiden · Perdana Menteri · Parlimen (Senat · Majilis· Parti politik · Pilihan raya · Hubungan luar negeri · Tentera · Hak LGBT
Administrative
divisions
Provinsi · Daerah · Bandar raya dan bandar
Geografi
Kazakh Steppe · Altay Mountains · Laut Caspian · Laut Aral · Tasik Balkhash · Syr Darya · Sungai Ural · Zhetysu · Charyn Canyon · Tien Shan · Khan Tangiri Shyngy · Kyzyl Kum · Aral Karakum
Ekonomi
Bank Nasional Kazakhstan · Kazakhstani tenge · Pertanian · Komunikasi · Dasar tenaga · Pengangkutan
Demografi
Orang Kazakh · Orang Rusia · Orang Korea · Orang Jerman · Orang Armenia · Orang Greek · Orang Yahudi · Hak asasi manusia
Agama
Islam · Agama Kristian · Hinduisme · Kebebasan agama
Budaya
Jata · Bendera · Lagu kebangsaan · Abjad · Masakan · Pendidikan · Bahasa · Media · Muzik · Sukan · Perkahwinan · Tokoh Kazakhstan  · Kaznet
WikiProject · Portal