Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang
Tengku Mahkota Pahang
Tempoh22 Januari 2019 - kini
Pemasyhuran29 Januari 2019
Didahului olehTengku Abdullah
Diikuti oleh-
Tengku Panglima Besar Pahang
Tempoh18 Jun 2018 - 22 Januari 2019
Pemasyhuran18 Jun 2018
Didahului olehTengku Ibrahim
Diikuti olehTengku Azlan
KeputeraanTengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Tengku Abdullah
(1995-09-17)17 September 1995 (Umur 28 tahun, 9 bulan dan 1 hari
Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, Malaysia
Pasangan-
Anakanda-
Nama penuh
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
KerabatBendahara
Johor-Pahang
AyahandaAl-Sultan Haji Sir Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
BondaTunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
AgamaIslam
Pekerjaan-
-Tandatangan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan Malaysia
PerkhidmatanBendera Tentera Darat Malaysia Tentera Darat Malaysia
Tahun perkhidmatan2019 – kini
Pangkat Kapten
UnitRejimen Askar Melayu Diraja
Kerabat Diraja
Pahang
YABhg. Che Puan Julia binti Abdul Rais
  • YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan
    YHM Tengku Dato' Sri Abu Bakar Ahmad
    • YM Tengku Zayn Edin Shah
    • YM Tengku Aleya Norlini
  • YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera
  • YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana

YAM Che Puan Besar

  • YAM Tengku Muda
    YABhg. Che Puan Muda
    • YM Tengku Eddie Akasya
    • YM Tengku Ahmad Firhan Shah
    • YM Tengku Armaan Alam Shah
    • YM Tengku Ameera Asya
  • YAM Tengku Arif Temenggong
  • YAM Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Tengku Meriam
    YDH Dato’ Sri Mohamad Toufic Al-Ozeir
    • YM Tengku Dato’ Indera Nurul Kamalia Tengku Besar Tengku Kamil Ismail
      YH Dato’ Ahmad Najmi
      • YM Puteri Nadra Raniya
      • YM Puteri Shakira Nurjenna
    • YM Tengku Dato’ Indera Madina Kamalia Tengku Besar Tengku Kamil Ismail
    • YM Tengku Dato’ Indera Madihah Shahzan Kamilah Tengku Besar Tengku Kamil Ismail
    • YHM Dato’ Setia Pahlawan Tengku Dato’ Indera Aidy Ahmad Shah Tengku Besar Tengku Kamil Ismail
      YBhg. To' Puan Setia Datin Indera Mai Nurliyana Meyor Hamdan
      • YM Tengku Abdullah Amir Ahmad Shah
    • YM Puteri Noor Afzan Mohamad Al Ozeir
  • YAM Tengku Puteri Seri Teja Tengku Muhaini
    YABhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi Buang TUDM
    • YM Dato’ Indera Puteri Munawarah Syammiyah Munir
    • YM Dato’ Indera Tun Putera Matin Ahmad Shah Munir
      YBhg. Datin Indera Aida Rakhimova
      • YM Tun Putera Miran Shah
    • YM Dato’ Indera Tun Putera Muhammad Abu Bakar Munir
    • YM Dato’ Indera Tun Putera Abdul Mubin Shah Munir
      YBhg. Datin Indera Saskia Natrah Schwarz
  • YAM Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Aishah
    • YM Dato’ Indera Tunku Syazwan Kaiyisah
      YH Dato’ Wan Putera Shahril
      • YM Tun Putera Shakeel Abdullah Shah
      • YM Tun Putera Khyrie Ahmad Shah
    • YM Tun Putera Ahmad Aizuddin Shah
    • YM Puteri Afzan Shakira Nabila
      YBhg. Encik Khairul Fahmy
      • YM Khaira Alayna
  • YAM Tengku Puteri Seri Lela Manja Tengku Nong Fatimah
    • YHM Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan
      YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah
      • YM Tengku Adam Ibrahim Shah
      • YM Tengku Sulaiman Abdullah Shah
      • YM Tengku Nuh Mohamed Shah
    • YM Dato’ Indera Tun Putera Yasir Ahmad Shah
      YBhg. Datin Indera Diyana Hazmi
    • YM Tun Putera Iskandar Alam Shah
  • YAM Tengku Puteri Seri Bongsu Tengku Shahariah
    YDH Dato’ Indera Omar Naresh
    • YM Puteri Amida Afsha Afzan
      YBhg. Wan Putera Shahjuan
    • YM Puteri Ameera Azwa Asyarah
Kerabat luas diraja

Almarhum Tengku Arif Bendahara Tengku Tan Sri Abdullah ibni Sultan Abu Bakar

  • YHM Tengku Dato’ Sri Abu Bakar Ahmad
  • YM Tengku Dato’ Sri Marsilla
  • YM Tengku Shaheera

YAM Tengku Seri Nila Utama Tengku Nong Soraya


  • YM Tengku Shahreza
  • YM Tengku Hassanal Badr
  • YM Tengku Ibrahim
  • YM Tengku Nazaruddin Wazir
  • YM Tengku Shahnaz
  • YM Tengku Iman
  • YM Tengku Sofia
  • YM Tengku Farah Dina

YAM Tengku Panglima Besar
YAM Tengku Puan Panglima Besar & Tunku Puteri Negeri Sembilan

YM Tengku Kamal Bahrin ibni Almarhum Sultan Abu Bakar

YM Tengku Sulaiman ibni Almarhum Sultan Abu Bakar

YM Raja Abu Bakar Shah bin Raja Dato’ Jalil Shah
  • l
  • b
  • s

Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (diputerakan pada (1995-09-17)17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang) merupakan Tengku Mahkota Pahang. Baginda adalah anakanda kedua kepada pasangan diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.[1]

Pendidikan

Tengku Hassanal Shah memulakan pendidikannya di Sekolah Rendah St Thomas dari 2002 hingga 2004 dan seterusnya di Sekolah Rendah Sherburne, United Kingdom pada 2005 hingga 2007 sebelum melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah St Thomas pada 2007 hingga 2012 dan University of Nottingham selepas itu.

Pada Mei 2018, Tengku Hassanal telah menamatkan pengajiannya di Geneva School of Diplomacy and International Relations di Switzerland dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Hubungan Antarabangsa.[2] Baginda juga berjaya menamatkan tempoh latihan ketenteraan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingdom selama setahun.

Pada 13 September 2022, baginda kemudiannya melanjutkan pengajian pasca siswazahnya di Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore.

Keputeraan

Tengku Hassanal Shah diputerakan dalam sebuah kerabat bangsawan yang merupakan kerabat diraja Pahang (ayahanda) dan Johor (bonda). Baginda merupakan cucunda kepada Sultan Pahang Moden ke-5, Almarhum Sultan Ahmad Shah dan Almarhumah Tengku Ampuan Afzan. Dari sebelah bondanya pula baginda merupakan cucunda kepada Sultan Johor Moden ke-4, Almarhum Sultan Iskandar dan Almarhumah Enche' Besar Hajah Khalsom.

Tengku Hassanal juga merupakan anakanda saudara kepada Sultan Johor terkini, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar.

Kehidupan diraja

Tengku Hassanal mempunyai dua orang adinda lelaki dan dua orang adinda perempuan. Adinda lelaki ialah YAM Tengku Arif Bendahara Pahang Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan YAM Tengku Panglima Perang Pahang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah. Adinda perempuan pula ialah YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah.

Tengku Hassanal juga merupakan sepupu kepada DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim.

Pewarisan takhta

Tengku Hassanal telah diisytiharkan sebagai Tengku Panglima Besar Pahang pada 18 Jun 2018.[3]

Berikutan ayahanda baginda menaiki takhta sebagai Sultan Pahang yang ke-6, Tengku Hassanal dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang pada 22 Januari 2019 dan dimasyhurkan pada 29 Januari 2019.[4]

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang

Gelaran hormat bagi
Tengku Hassanal Ibrahim Alam shah
Gaya panggilan Kebawah Duli Paduka Mulia
Gaya pertuturan Paduka Mulia
Gaya pilihan Tuanku

Terasul dan gelaran

  • 17 September 1995 – 18 Jun 2018: Yang Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Tengku Abdullah Al-Haj
  • 18 Jun 2018 – 11 Januari 2019: Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj
  • 11 Januari 2019 – 15 Januari 2019: Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Sultan Abdullah Al-Haj
  • 15 Januari 2019 - 22 Januari 2019: Yang Teramat Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
  • 22 Januari 2019 – 31 Januari 2019: Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
  • 31 Januari 2019 – 30 Januari 2024: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
  • 30 Januari 2024 - 13 Mac 2024: Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
  • 14 Mac 2024 - kini: Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Kurniaan Pahang

  •  Pahang :
    • Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati - Kelas I (DKI, 29.1.2019)
    • Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang, membawa gelaran Dato' Sri (SSAP, 24.10.2016)
    • Darjah Sri Indera Mahkota Pahang, membawa gelaran Dato' Indera (SIMP)

Kurniaan Luar Negara

  •  Monaco:
    • Grand Officer of the Order of Saint-Charles (Grand-Officier de l'Ordre de Saint-Charles) - 27 November 2023[5]

Keturunan

Keturunan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
16. KDYMM Sultan Abdullah al-Mu'tasim Billah ibni Almarhum Sultan Ahmad Muazzam Shah
8. KDYMM Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin al-Mu'adzam Shah
17. Che Kalsum binti Abdullah, dari Pulau Duyung (Terengganu)
4. KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
18. KDYMM Sultan Iskandar Shah ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah
9. KDYMM Raja Fatimah
19. Tengku Nong Fatimah binti Sultan Sir Ahmad Muazzam Shah, Puteri Pahang (adinda tiri kepada 16.)
2. KDYMM Tengku Abdullah
20. KDYMM Sultan Ahmad Muazzam Shah ibni Almarhum Bendahara Sri Maharaja Tun Ali
10. Tengku Muhammad, (adinda tiri kepada 16.)
21. Cik Hajjah Fatima binti Haji Muhammad Talib
5. DYMM Tengku Hajah Afzan
22. Tengku Muda Mustafa
11. Aisha Mandak, Puteri Terengganu
23. Wan Salama Puteh
1. KDYTM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
24. DYMM Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar
12. DYMM Sultan Ismail
25. Sultanah Ungku Maimunah binti Ungku Abdul Majid
6. DYMM Sultan Iskandar
26. Ungku Ahmad bin Ungku Muhammad Khalid
13. Sultanah Ungku Tun Aminah
27. Ungku Khadija binti Ungku Muhammad
3. KDYMM Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
14. Reginald George Trevorrow
7. Hajjah Kalsum binti Abdullah (nama asal: Josephine Ruby Trevorrow)
30. Thomas Alderman
15. Ruby May Alderman

Rujukan

  1. ^ "Tugas isteri, ibu jadi keutamaan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-06. Dicapai pada 2017-07-29.
  2. ^ "Tengku Hassanal Bergelar Graduan, Peroleh Ijazah Bidang Hubungan Antarabangsa". Portal Diraja Pahang. 1 Julai 2018. Dicapai pada 28 Januari 2019.
  3. ^ http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tengku-hasanal-diisytihar-tengku-panglima-besar-pahang-1.704110#ixzz5KUvojZtR Diarkibkan 2019-01-29 di Wayback Machine © Utusan Melayu (M) Bhd
  4. ^ Amin Ridzuan Ishak (22 Januari 2019). "Tunku Azizah Aminah Maimunah dimasyhurkan Tengku Ampuan Pahang". Berita Harian. Dicapai pada 28 November 2023.
  5. ^ @istana_negara (27 November 2023). "Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah turut menerima Darjah negara Monaco Grand-Officier de l'Ordre de Saint-Charles". Dicapai pada 28 November 2023 – melalui Instagram.

Pautan luar

Yang Amat Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Tengku Abdullah
Tarikh keputeraan: 17 September 1995
Kerabat diraja Malaysia
Gelaran Diraja
Susunan penggantian
Didahului oleh
Al-Sultan Abdullah
Pewaris Tahkta Negeri Pahang
Kedudukan Pertama
22 Januari 2019 - Kini
Pemegang jawatan kini