Wahah

Sebuah wahah di gurun Sahara di Libya

Dalam geografi, sebuah wahah (Jawi: واحةcode: ms is deprecated ) atau oasis (Jawi: اوواسيسcode: ms is deprecated ) ialah sebuah kawasan terpencil kehijauan di sebuah gurun, biasanya mengeliling sebuah mata air atau sumber air yang mirip. Wahah juga memberikan habitat untuk haiwan dan manusia jika kawasan itu cukup besar.

Lokasi wahah telah menjadi kepentingan kritikal untuk jalan perdagangan dan angkutan di kawasan-kawasan gurun. Kabilah-kabilah harus mengambara melalui wahah supaya bekalan air dan makanan dapat ditambah. Oleh itu, kawalan politik atau ketenteraan sebuah wahah telah dalam banyak perkara bermakna kawalan perdagangan pada jalan yang khusus; wahah Awjila, Ghadames dan Kufra yang terletak di Libya hari ini contohnya telah banyak pelbagai kali menjadi titik penting perdagangan di Sahara Utara-Selatan dan Timur-Barat.

Penamaan

Perkataan wahah dalam bahasa Melayu dipinjam daripada bahasa Arab وَاحَةcode: ar is deprecated wāḥah.[1] Perkataan oasis pula merupakan serapan bahasa Inggeris daripada istilah bahasa Yunani Purba - ὄασις óasis melalui pinjaman bahasa Latin, Kedua-dua nama ini berakar daripada istilah bahasa Mesir (kemudiannya bahasa Qibti) iaitu ouahe atau wahe yang bermaksud "tempat kediaman".[2]

Geologi

Wahah Huacachina di Ica, Peru

Wahah dibentuk dari sungai bawah tanah atau akuifer seperti sebuah akuifer artesia, di mana air dapat mencapai permukaan secara semulajadi oleh tekanan atau perigi-perigi dibina manusia. Ribut petir yang berlaku jarang-jarang menyumbang air untuk menampun wahah semula jadi seperti tuat.

Penanaman tumbuhan

Oasis in the Libyan part of the Sahara

Mereka yang menghuni harus menguruskan tanah dan air yang ada di wahah di mana tanaman seperti kurma, buah tin, zaitun atau aprikot dapat ditanam dengan baik. Pohon-pohon kurma membentuk lapisan teduh atas yang utama agar pokok yang lebih rendah seperti pic dapat hidup subur lalu membentuk lapisan tengah. Kesemua lapisan ini diuruskan agar penggunaan galian dan air dalam tanah dapat digunakan dengan sebaiknya. Wahah yang lebih lembap boleh menjadi tempat pilihan bagi menanam syauran dan bijirin (gandum, sekoi dan sebagainya).[3]

Wahah terkenal

Afrika

  • Lembah dan delta Sungai Nil, Mesir, is claimed as the world's biggest oasis by the 2007 edition of The Guinness Book of World Records with a stated area of 22,000 square kilometres.[perlu rujukan]
  • Wahah Bahariya, Mesir
  • Wahah Farafra, Mesir
  • Gaberoun, Libya
  • Kufra Oasis, Libya
  • M'Zab Valley, Algeria
  • Ouargla, Algeria
  • Siwa Oasis, Mesir
  • Tafilalt, Maghribi
  • Timimoun, Algeria
  • Tozeur, Tunisia
  • Tuat, Algeria

Benua Amerika

Kawasan Lindungan Hidupan Liar Fish Springs, Utah, Amerika Syarikat.
  • Fish Springs National Wildlife Refuge, United States
  • Huacachina, Peru
  • La Cienega, New Mexico, paraje di El Camino Real de Tierra Adentro
  • Lembah Las Vegas, Amerika Syarikat, what was once an oasis in the vast Mojave desert has over the years grown into a vibrant metropolitan area of over 1.8 million people, location of the famed Las Vegas Strip. [4]
  • Mulege, Baja California Sur, Mexico
  • San Ignacio, Baja California Sur, Mexico
  • San Pedro de Atacama, Chile
  • Twentynine Palms, California, Amerika Syarikat
  • Warm Springs Area, Nevada, Amerika Syarikat

Asia

Ein Gedi, Israel

Australasia

  • Palm Valley, Central Australia

Eropah

  • Herðubreiðarlindir, a so-called oasis-like area in the frozen Highlands of Iceland[perlu rujukan]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Sudarno 1992, m/s. 267.
  2. ^ Douglas Harper. "Etymonline - Origin of 'Oasis'". Online Etymology Dictionary. Dicapai pada 2011-07-30.
  3. ^ http://library.eb.co.uk/eb/article-9056610
  4. ^ [1], http://www.lvol.com/lvoleg/hist/lvhist.html.

Sumber utama

  • (Perancis) référence: Jardins au désert (Vincent Battesti)|Battesti (Vincent), Jardins au désert, Evolution des pratiques et savoirs oasiens, Jérid tunisien, Paris, Éditions IRD, coll. À travers champs, 2005, 440 p. ISBN 2-7099-1564-2 Open Archives: book in free access / in French
  • Sudarno (1992). Kata serapan dari bahasa Arab (ed. 2). Jakarta: Arikha Media Cipta. OCLC 29516877.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar

  • Media berkenaan Wahah di Wikimedia Commons
  • Takrifan kamus wahah di Wikikamus


  • l
  • b
  • s
Bentuk muka bumi
Senarai bentuk muka bumi
Pergunungan
Dataran benua
Fluvium
Glasier
Bentuk muka bumi
di tepi pantai dan laut
Gunung berapi
Aeolian
Buatan manusia
Lihat juga: Ciri geografi